Tangisan Seorang Bapa

By Athirah | Coral Tulip - Tuesday, October 13, 2020


"Tak apa, Encik boleh balik dulu. Fikir nak teruskan pembedahan atau tak," 

Sebaik saja doktor maklumkan berita tersebut, riak wajah dia berubah. Marah? Sedih? Terkejut? Tak berapa jelas, tapi selang beberapa minit kemudian dia menangis. Menangis teresak-esak. Bukan jenis macam tenang, tapi memang tak berhenti. Dah lama pendam barangkali.

Dah lama pesakit ni di wad. Kalau tak silap saya, dalam 2,3 minggu dah ada. Masih dalam pemerhatian sebab dia tak buat keputusan nak potong kaki atau tak.

Ada masa luang sikit, saya pergi tengok luka dia. Biasanya tugas dressing ni dilakukan oleh jururawat, tapi kalau sempat, boleh je doktor nak buat. Boleh belajar lebih.

Sambil tu saya borak lah sikit. Orang kata, dalam fasa sekarang, kena cari satu benda yang kita betul minat. Kalau nak bertahan, kena cari dan teruskan. Jangan hanyut je, nanti tenggelam tak timbul. Bagi saya, setakat ni, keseronokan saya bila sempat bercerita. Suka ambil pengajaran dari pengalam hidup orang. Buku teks satu dalam dunia.

Tiba-tiba dia buka cerita.

Saya dah kahwin 20 tahun, baru dapat anak. Dia dah nak masuk setahun.

Alhamdulillah! Patutlah Encik memang tak sabar nak balik, ya.

Ni anak dengan isteri kedua saya.

Dia tambah lagi,

"Saya nak masuk semula wad XX hari bulan boleh? Saya bincang semula, saya buat keputusan sebelum tarikh tu. Saya nak sambut hari lahir anak saya."

Gembira betul riak wajah dia masa nak balik tu. Ingat sangat.

Selang beberapa hari, nampak semula pesakit tu kat wad. Dah memang buat keputusan untuk bedah luka kaki yang tak boleh dirawat.

Selesai pembedahan, sekejap je duduk wad. Nampak jangkitan kuman dalam darah pun semakin baik, kesihatan general dia pun nampak lebih baik dari dulu.

"Patut dari dulu saya dah potong je. Cepat baik."

Tapi ya lah, memang anggota kita. Sejak lahir bersama kita, sebahagian dari kita. Potong rambut pun sayang, apa lagi jari atau kaki.

Sayang macam mana pun, bila pilihan hanya dua ;

1. Selamatkan anggota, bahayakan nyawa.

2. Korbankankan anggota, selamatkan nyawa.

Bergantung kepada kita juga nak buat pilihan. Bila dah terlambat, jangkitan kuman dah merebak, at one point memang tak boleh buat pembedahan dah. Paling sedih dan rasa tak berguna, bila kita sebagai kaki tangan kesihatan tak boleh buat apa-apa.

Bila seseorang tak sedarkan diri, waris yang terpaksa buat keputusan. Saya guna terpaksa sebab, susah. Beratnya rasa nak buat keputusan nyawa seseorang.. Nak minta terus cuba selamatkan selagi boleh walau apa cara, mungkin akan menyakiti waris kita yang sakit tu. Nak minta berhenti, Allah.. Beratnya.

Selagi diberi kesihatan, tak kisahlah tahap apa sekalipun sekarang ni - jagalah sebaik mungkin. Badan ada satu je. Tak boleh beli kat mana-mana. Nikmat terbesar dari Allah, dicipta sebaik-baik ciptaan-Nya.

  • Share:

You Might Also Like

2 Comment

  1. scarynyaaa klu dpt situasi mcm ni... how nak buat keputusan hmmm

    ReplyDelete
  2. Nice sharing. Banyak pengajaran kita boleh dapat melalui pengalaman orang lain kan.

    ReplyDelete