Doa Sebelum Berangkat ke Tanah Suci

Thursday, November 14, 2019
"Ya Allah, kami memohon keampunan Mu ya Allah. Kami memohon rahmat Mu ya Allah. Kami memohon taufik dan hidayah Mu, ya Allah. Kami dijemput oleh Mu bagi menunaikan ibadah umrah pada tahun ini. Kami bersyukur atas segala nikmat yg Engkau berikan kepada kami sekeluarga.

 Ya Allah, terimalah kami sebagai tetamu Mu ya Allah. Tetamu yang paling istimewa ya Allah, tetamu yang paling-paling istimewa ya Allah. Kami tahu, Engkaulah yang berkuasa memberi keistimewaan kepada sesiapa yang Engkau mahu berikan. Ya Allah, ampunilah diri kami ya Allah.

Ya Allah, Kau peliharalah keselamatan dan kesihatan ahli keluarga kami di Malaysia. Tenangkanlah hati mereka. Jangan Kau cetuskan rasa rindu kepada kami sepanjang kami menjadi tetamu Mu ya Allah. Kau hilangkan lah rasa rindu kami kepada mereka semasa kami berada di sana.

 Ya Allah, berikanlah kesihatan kepada ibu bapa kami dan pembantu rumah kami. Kau lindungilah mereka. Masukkanlah mereka dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Kau balaslah budi baik mereka yang sanggup bersusah payah menjaga anak kami dengan memberi kemuliaan, kesejahteraan dan kebahagian di dunia dan akhirat. Kau ampunilah dosa dosa mereka ya Allah. Ya Allah, Kau ampunilah diri kami.

Ya Allah, kami pergi ke rumah Mu semata mata untuk beramal ibadah kepada Mu. Janganlah Kau palingkan niat dan tujuan kami. Jangan Kau sukarkan perhubungan antara kami. Ya Allah, Kau berilah perasaan kasih sayang, cinta mencintai antara kami suami isteri dan adik beradik, saling maaf bermaafan dan tidak cepat berasa tersinggung dan bermasam muka. Jadikanlah kami saling faham memahami dan saling kasih mengasihi.

Ya Allah, jauhilah kami dari bertelingkah dan berselisih faham yang boleh menjejaskan amal ibadah kami di sana nanti ya Allah. Jangan Kau uji kami dalam soal ini ya Allah. Ya Allah, permudahkanlah perjalanan kami. Bermula dari kami keluar dari rumah ini sehinggalah kami kembali ke sini. Janganlah kami terjebak dengan sebarang kesulitan yang menyukarkan kami untuk sampai ke rumah Mu. Jauhilah kami dari mala petaka atau bencana yang akan menimpa kami Ya Allah.

 Ya Allah, jangan Kau pisahkan kami. Berilah ketenangan, keamanan dan kemudahan terutamanya dalam soal-soal kesihatan sepanjang perjalanan kami. Elakkan kami dari perasaan kerap membuang air kecil. Peliharalah kesihatan kami, mudah mudahan dengan kesihatan yang Kau berikan. Dapatlah kami beramal ibadah untuk mendekatkan diri kami kepada Mu.

 Ya Allah, hanya pada Mu lah, tempat kami bergantung harap. Berikanlah kemudahan kepada kami sekeluarga. Berikanlah keistimewaan kepada kami dalam segala perkara. Tempatkanlah kami dikawasan yang berdekatan dengan Masjidil Haram. Ya Allah, kami memohon kepada Mu agar tempat tinggal kami tidak menjadi penghalang kepada tujuan kedatangan kami ke Tanah Haram ini.

 Ya Allah, kami mahu beramal ibadah kepada mu. Semata mata untuk Mu, ya Allah. Permudahkanlah makan minum kami dan berikanlah kesihatan yang baik sepanjang kami di sana. Kau berikanlah kesabaran kepada kami dalam menghadapi sebarang cabaran dan dugaan disana nanti. Ya Allah, semasa kami di Madinah nanti, Kau berikanlah rasa cinta, rasa sayang dan rasa kasih kepada Masjidil Nabawi.

Ya Allah, kami mahu yang terbaik. Kamu mahu beramal ibadah di sana. Berikanlah kami peluang menziarahi dan melalui Makam Rasulullah. Berilah kami ruang untuk bersembahyang di Raudah. Cukupkanlah sembahyang kami sekurang kurangnya 40 waktu secara berterusan. Berilah kami peluang untuk melakukan yang terbaik di sana nanti ya Allah.

Ya Allah, kami akan mengerjakan ibadah umrah. Kau terimalah ibadah ini ya Allah. Semasa kami di Mekah nanti, mudahkanlah kami melakukan ibadah umrah Ya Allah. Berikanlah laluan dan lorongan bagi kami melakukan tawaf umrah. Permudahkanlah kami melakukan sai’. Ya Allah, berikanlah kekuatan dan kesihatan untuk kami melakukan amal ibadah ini. Ya Allah, jangan Kau uji kami dengan rasa jarak yang jauh, hati yang malas dan tenaga yang tiada.

 Ya Allah, semasa kami berada di Tanah Haram nanti, janganlah Kau lalaikan kami dengan bersenang lenang dan malas beramal ibadah. Ya Allah, kami hadir sebagai tetamu Mu dalam keadaan jahil. Kaulah yang dapat membantu kami. Ya Allah, berikanlah kami perasaan jatuh cinta kepada Masjidil Haram. Gerakkanlah hati kami supaya sentiasa berada di sana. Beramal ibadah di sana. Itulah cita-cita kami ya Allah. Kami datang semata mata kerana Mu ya Allah. Kerana Mu ya Allah.

Ya Allah, tutuplah pintu hati kami daripada lalai membeli belah di sana nanti. Ya Allah, penuhilah ruang masa kami dengan melakukan amal ibadah yang sepatutnya kami lakukan. Ya Allah, kami ingin khatam Al Quran di Masjidil Haram Ya Allah. Ya Allah, kami ingin bersembahyang di Hijir Ismail Ya Allah. Ya Allah, kami ingin mencium Hajar Aswad. Ya Allah, kami ingin berdoa dihadapan Multazam ya Allah. Berilah ruang kepada kami apabila kami memerlukannya ya Allah. Berikanlah rasa kasih yang mendalam kepada Masjidil Haram.

Ya Allah, Kau ajarlah kami. Kau bantulah kami. Kau tunjukkanlah dengan sebaik-baik pengajaran. Kau berikanlah ilham untuk kami melakukan yang terbaik. Hanya yang terbaik untuk Mu ya Allah. Ampunilah kami ya Allah, hanya kepada mu tempat kami berserah dengan sesungguhnya. Ya Allah, gerakkanlah hati kami untuk melakukan umrah sunat sebanyak mungkin. Ya Allah, gerakkanlah hati kami bagi membanyakkan amal di Masjidil Haram. Berikanlah perasaan kasih sayang, cinta dan keinginan untuk berada di sana.

Ya Allah, mudahkanlah untuk kami melakukan ibadah tawaf, bersembahyang dan membaca al quran. Ya Allah, ampunilah kami. Permudahkanlah perjalanan kami dari Madinah ke Mekah. Jauhilah kami daripada sebarang mala petaka. Jangan Kau uji kami dengan sesuatu yang tidak dapat kami memikulnya Ya Allah. Berikanlah kesihatan kepada kami. Amankan hati kami. Tenangkan perasaan kami. Ingatkan kami untuk bertalbiah di sepanjang jalan.

Ya Allah, mudahkan urusan kami sepanjang menjadi tetamu Mu. Ya Allah, tetapkan hati kami untuk beramal ibadah. Ya Allah, kuncilah mulut kami daripada bercakap perkara yang tidak memberi faedah. Jauhilah kami daripada mereka yang suka bersembang, menghabiskan masa dan membazir waktu. Ya Allah, berikanlah taufik dan hidayah Mu kepada kami. Kau berikanlah kerahmatan Mu kepada kami.

Ya Allah, selepas selesai segala-galanya, kami memohon kepada Mu, permudahkanlah perjalanan pulang kami. Jauhilah kami dari malapetaka sepanjang perjalanan pulang kami. Berikanlah keselamatan kepada kami sehingga kami dapat berjumpa dengan ahli keluarga kami. Ya Allah, Kau berkatilah kami ya Allah. Ampunilah kami ya Allah.

 Ya Allah, kami ini adalah manusia jahil. Kami ini manusia yang kerdil. Kami banyak dosa kepada Mu. Ampunilah kami. Kami pergi menunaikan umrah semata mata kerana ketakutan dan keinginan untuk menyampaikan rasa syukur kami kepada Mu. Kau yang Maha Berkuasa. Kau yang memakbulkan segala permohonan hamba Mu. Ya Allah, kami mahu yang terbaik, yang teristimewa dan yang terpilih diantara jutaan hamba-hamba Mu.

 Ya Allah, berikanlah dan kurniakanlah umrah yang mabrur kepada kami sekeluarga, umrah yang Kau redhai dan yang mulia disisimu. Ya Allah, apabila kami pulang ke Malaysia nanti, kami mahu berubah ya Allah. Kami mahu menjadi manusia yg lebih baik disisimu. Ya Allah, berikanlah kebahagian kepada kami sekeluarga. Berikanlah rezeki yang halal dan jauhilah kami daripada mereka yang suka membuat fitnah.

Kaulah yang mencipta kami dan kami hanyalah hamba Mu yang hina dan tidak berpengetahuan. Ya Allah, sekiranya kami dipanggil oleh Mu, Kau masukkanlah kami dikalangan orang yang beriman, mereka yang beramal soleh. Kau tempatkanlah kami di dalam syurga Mu yang paling istimewa. Syurga Firdaus ya Allah. Kami mohon keredhaan Mu.

  • Share:

Travelling - Mekkah and Madinah VS Paris, Tokyo

Thursday, September 18, 2014
Most of the building in Makkah & Madinah looks like this.
Sometimes it doesn't have to be those fancy places to have fun travelling.

For example, Makkah and Madinah. It's a holy place for Muslim, where a lot of historic and meaningful event has occur.

For your information, these two cities aren't grand, glorious at all compared to those Paris, or Tokyo. It's all sandy and dusty, citizen with totally different cultures.

Maybe that's why some of us prefer to spend the holiday to famous city than going there. *gulp*

But why most Muslim love going there?

I can bet at least 80% Muslim will say they love going there, some even want to spend the rest of their life over there!

Because travelling isn't equal to fancy place actually.

It's the experience.

Alhamdulillah, I went to Mekkah and Madinah early of this year and I swear it was the calmest place ever! I know very well how complete is it to stay at Japan. Everything is almost perfect but I know there is something missing back then when I think about it now.

What really makes travelling meaningful?

To me, there are two major factors :
1. Who we spend with
2. What we experience
 Who we spend with

Someone you're close with. Someone you can be yourself around. Someone you love. Simple. Du-uh. What I'm trying to say is, the people play the important role as well to make our travel fun and memorable! We get to exchange opinion, say whatever we want, thus making us truly understand each of the places' own value that we can apply in our daily life.

What we experience

Experience is very subjective isn't it. Some people say go on a jet, parachute, hot air balloon, skiing, as an experience. As though a boring, dull travel without any specific program = no experience. Ok I don't know how to put it in words..

You can't simply judge this is experience, this is not. When something didn't go as planned, like the service was horrible, you get terribly upset. The truth is you came there to travel, to experience, so just go along with it!

As a proof

As I have mentioned earlier, Mekkah and Madinah isn't that fancy, but to me, it was one of the best holiday I've ever had! (I want to make the best as during Hajj, aamiinn ya rabbal 'aalamiinn)

I spent my time with my family, the whole two weeks +. I eat, sleep, move around with my family 24/7. Yes we're very very close. They're the best people given from Allah to me. It was really fun. Nothing to worry, you don't have to act, do anything!!

Going to Mekkah and Madinah, the calmest place I've ever been to. I get to do what I could have done everyday because I'm free from any responsibilities. I don't have to think about class, works, and so on. I get to visit Prophet Muhammad SAW's maqam. I get to perform my umrah.

The experience I had has truly changed me. I realized how much I've wasted my time. For example, the few minutes to perform sunnah prayer before the five prayers isn't that hard to do, or read al-Quran. I learn from the citizen over there, relating on the rationality of Allah sending Prophet Muhammad SAW from Arab, try to assimilate in order to gain more understanding by wearing their clothes, niqab, spoke few words (......) and etc.

That's why.

Any places have their own different value we can learn. For example, when you go to Mekkah, you realize how much ibadah actually benefits us. While if you go to Japan, you learn how much you have to be strict in finding halal foods ; you can't just go to the store and grab some ice cream or bread, you have to read the ingredient.

You see? It's never the same. You can go to Kelantan ad Cameron Highland and insya Allah you will learn different things (as long as you are willing to learn). Leave home and learn, if possible. If you're a girl like me, juts stay with your father okay. Hee.

Grand, splendid travel is fun, yes. But don't let it bother you too much that you can't enjoy the moment once it goes against what you desire. It is okay. Travelling isn't all about spending the money. Collect your money, spend it wisely, so that you know how hard it is and you will appreciate the travelling more.

Why I'm saying this? Because I know and have seen so many people who have traveled around the world but they're nothing much different than those who never left their country. The wide vision they had is just literal, it didn't portray in their attitude. What a waste. They can only show the photos and list out places they visit. What have you learnt?

Especially in term of respect. If you've been to so many places, mixed around with various kind of people with different social background, you should know how important it is to respect. You don't pick people to respect. You should respect everyone.

You are a traveler everyday if you know how to teach yourself to accept different things and gain new experience together with moral values which you can apply to be a better person. Stop whining about how lucky others are for able to go around the world. It's their life and you're living on your own. At the first place, comparing yourself with others isn't that healthy anyway, right? 
  • Share:

Umrah Day 2 : Madinah (25th December 2012)

Friday, February 14, 2014
Arrival at King Abdulaziz Airport

As we stepped out of the shuttle and the coldness strike towards your bone, I know I'm now standing at Madinah. This is the land that has been walked by Rasulullah and many of his sahabat. It feels really amazing, and makes you think of how much Rasulullah loves us.

Our day start as early as 4 in the morning, we went to Masjid Nabawi. I was really eager to hear my first azan in Madinah, I waited for it and yessss got it recorded! Subhanallah.

Brief history about Masjid Nabawi :
Nabawi = Nabi (refers to propher Muhammad SAW). The mimbar he used to stand at is located here, nearby his house. His actual house isn't there anymore but according to one hadith, 
 "What is between my house and my mimbar is one of the meadows of the Garden, and my mimbar is on my watering-place (al-Hawd)."
The area between is now called "Raudhah" and you may grab the opportunity to pray over there!
     
                           
                               Good morning from Madinah! :)
If I'm not mistaken there are two kubah in Masjid Nabawi, and there is only one kubah with dark green covering as seen in this photo.

Beneath the green kubah is where our Prophet Muhammad SAW's maqam is located. :') I heard that we used to be allowed to visit inside, but it's prohibited now BUT, you can still see from ar-Raudhah, the outside of Rasulullah's maqam, Sayyidina Abu Bakr's, and Sayyidina Umar al-Khattab's.

Masya Allah.. I can still feel goosebumps just reminiscing the memory of being there..

(This is my experience of performing Umrah during winter from 24th December 2013 - 5th January 2014. You can find other posts by going to the posts labelled MakkahMadinah which can be found at the right side of my blog. Thank you.)
  • Share:

Preparation for Umrah during Winter - اَلْمَدِينَة اَلْمَنَوَّرَة

Sunday, February 02, 2014


Persiapan umrah ketika musim sejuk.

I will not go into details like telekung, sejadah, normal attire and so on because apparently it doesn't really matter because you will insya Allah only focus on 'ibadah. Seriously. (I will insya Allah share on the preparation specifically for attire). Before I came I was so worried about how many clothes should I bring, socks bla bla bla but turned out that was the least thing to bother about!

Normally for Umrah we will go to Madinah first, but it's totally depend on your travel agency. But if you start from Makkah, you're gonna have to wear Ihram from Malaysia, that's the only difference.

Let me start with the preparation at اَلْمَدِينَة اَلْمَنَوَّرَة (Madinah).

Normal temperature is around 16 degree Celsius, which is a quite bearable temperature because that's the normal temperature when you put on the air-con. Unexpectedly, you must remember you're gonna leave your hotel at around 3 in the morning to perform tahajjud until fajr prayer!

I was quite confident that I can handle it with just a jeans jacket which I usually wear during Fall, but I didn't consider the time I'll be walking outside, which was quite cold to me. It's not as cold as when it's snowing, but maybe because you'll be walking outside right after you wake up, makes you a little unbearable towards the whether (?). Because normally during winter who'd leave home as early as 3 in the morning? We only go outside to chase the sunshine.

  • Share:

Umrah Day 1 : KLIA - Jeddah (24th December 2013)

Sunday, February 02, 2014
Photo from Google Map
Here's the route from Kuala Lumpur International Airport (Malaysia) to King Abdulaziz International Airport (Jeddah), according to Google the distance is around 11000 km and it takes 140 hours to drive (?).

By plane, it took around 9 hours. We used Malaysia Airline (MAS) and alhamdulillah we didn't have to transit to anywhere. The time in Saudi Arabia is 5 hours before Malaysia.

(You may skip here if you don't wanna read about my personal life.)
Mak Ngah stopped by at our house cause she couldn't go to the airport. From our house, Nenek, Ucu and Ayah Cu sent us so they will take care of our car and stuffs. Over there, we met Acik and family. One of the officer of our travel agent, Barakah Umhaj Travel was there to give some last explanation and to gather us, only two families since our flight was actually being forward earlier, which was an advantage for us yeay!

Our flight left at 3.45 PM and reached KAIA at around 10 PM (SA clock). The whether was nice, but to be compared with Malaysia, yes it was rather chill.

My first impression : Dusty.

  • Share:

Snowing in Makkah ?

Friday, January 24, 2014
Nahh, it was raining breezily in Makkah on our last day of staying there. I don't know if it was the right word to describe, but yes the rain felt so refreshing, calming, and.. I don't know I just love it, maybe because it was the Holdy land? :D

Oh yes I went to perform the Umrah. One of the reason why I couldn't write much, not to mention 2 weeks after coming back (which is now) I'm having my final examination.. Phew it was a little hectic but alhamdulillah insya Allah everything goes well.

Winter in Madinah & Makkah was really pleased. I will share my experience once the final examination finishes insya Allah! ;)


  • Share: