Bekal Makan Ayah #1

Saturday, December 07, 2019

1. Protein : Salmon grilled with turmeric, no salt : 180 kalori
2. Carbohydrates : White rice, carrots : 200 kalori
3. Fiber : Lettuce, carrots : 15 kalori

Jumlah : 395 kalori

Kiraan kalori ni hanya dari pencarian di Google, untuk kita agak-agak sahaja ya. Bila kita tahu apa yang kita makan, baru kita akan mula sedar dan tahu memilih apa yang terbaik. InsyaaAllah, buat label Makanan Sihat pula di blog ni.

  • Share:

Apa itu Diet Suku Suku Separuh?

Tuesday, December 03, 2019
Siapa yang pernah pergi klinik atau hospital, mesti pernah dengar  tentang "suku-suku separuh" kan? Suku-suku separuh merupakan usaha kerajaan untuk menggalakkan rakyat Malaysia makan secara sihat mengikut portion seimbang berdasarkan menu di Malaysia. Berbeza ikut negara lain sebab masakan kita kan lain..

Tapi suku-suku tu apa? Suku pinggan besar mana? Tak kan suku-suku separuh sepupu saya yang berusia 6 tahun dengan ayah saya yang 60 tahun sama, kan?

Kita guna cara mudah ; guna tapak tangan sendiri. Kalau tak ada tapak tangan pinjam la tangan kawan sebelah haha. Pecahan dia macam ni :

Suku : Protein - Ikan, ayam, kekacang
Suku : Carbohydrates - Nasi, roti, kentang, sayur yang tinggi carbohydrate
Separuh : Tumbuh-tumbuhan seperti sayur, buah

Guna tapak tangan sendiri. Separuh adalah size tapak tangan (menjadikan separuh pinggan), suku adalah size separuh tapak tangan atau ada boleh juga guna sepenumbuk (menjadikan suku pinggan) = 1 pinggan adalah size kedua-dua tapak tangan sahaja.

Ummi saya seorang yang maniac dalam penjagaan kesihatan. Memang dari kecil snack kami adalah yoghurt, oat, hari-hari. Ummi tak pernah beli junk foods. Tak pernah langsung. Dengan Ayah je dulu-dulu kalau nak merayu, dapat la sesekali.. Haha sekarang dah boleh beli sendiri pun kadang-kadang je. Bila datang rasa teringinnn makan Choco Top McD tu! Wajib beli.

Sementara menunggu panggilan kerja, Ummi suruh saya sediakan bento / bekal makan untuk ayah makan tengahari. Ummi pula akan pulang makan tengahari di rumah, jadi kami sama-sama experiment menu sihat yang tak pernah cuba. Lebih kurang je dengan selama ni.. Tak rajin masak, suka masak simple-simple je, asalkan cukup dan seimbang nutrisi. Jadi saya ingat nak simpan di blog untuk rujukan masa depan.

Siapa yang betul-betul berminat dan mahu belajar, baca ni Panduan Penyajian Hidangan Sihat Semasa Mesyuarat terbitan Kementerian Kesihatan Malaysia. Mari kita budayakan amalan membaca bahan dari sumber sahih..
  • Share:

"Travel Terakhir Kita"

Wednesday, November 20, 2019
Sejak lebih kurang dua tahun yang lalu, saya diberi peluang untuk berkhidmat sebagai masjid tour guide di salah sebuah masjid terbesar di Asia Tenggara.

Selain minat untuk bersosial, ya, saya extrovert orangnya, tapi tujuan utama saya nak libatkan diri sebagai “masjid tour guide” ni sebab saya nak gunakan kebolehan saya bertutur dengan fasih dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Jepun. Hampir 80% pelancong yang hadir ke masjid tersebut adalah dari Jepun.

Kisah ni berlaku minggu lepas. Saya terlihat dua pasangan pelancong Jepun, berumur sekitar 80 tahun - duduk di ruang menunggu. Suaminya memakai kaca mata dan bertongkat seperti yang digunakan oleh OKU penglihatan.

Macam biasa, saya bertanya sama ada mereka telah selesai melawat masjid atau belum. Senang untuk saya bantu tindakan selanjutnya, memakaikan jubah dan tudung yang disediakan, atau beri penerangan ringkas sementara menunggu giliran mereka untuk melawat masjid.

“Tak, kami hanya menunggu rakan-rakan kami yang lain. Kami tak ikut melawat kerana suami saya tak boleh melihat. Saya temankan sahaja di sini,”.

Oh, rupanya pasangan ini salah seorang peserta kumpulan pelancong yang sedang melawat.

“Dah berapa lama kumpulan Puan naik?”, saya bertanya sebab saya nak estimate ada lagi berapa lama masa jika saya ingin bawa pasangan ni melawat masjid.

“Dalam 15 minit,”. Jawab isterinya dengan senyuman. Suaminya juga turut tersenyum ceria.

“Ok, Puan, Encik, saya boleh bawa naik sekejap untuk melawat masjid. Tak lama, kita naik sikit tangga ni, tengok dome masjid, dan masuk ke ruang solat. Jalan pun tak banyak sangat. Dalam 10 minit sahaja. Encik pun jom naik sekali, tak nampak pun tak apa, kita jalan-jalan tengok.”.

Saya nak sangat bawa pasangan ni masuk ke ruang masjid. Saya percaya, ketenangan yang setiap pelancon rasa tatkala berada di dalam masjid, terutama sekali ruang solat, adalah dari Allah. Ruang yang penuh dengan malaikat. Ruang yang dibaca al-Quran. Ruang kita semua orang Islam menunaikan solat berjemaah.

Mendengarkan itu, suami yang lebih banyak berdiam tadi terus bersuara,

“Awak pergi! Ni mungkin kali terakhir kita travel bersama. Jangan kesiankan saya, tak perlu teman saya. Saya tak nak awak rugi.”

“Betul awak tak apa?”, banyak kali si isteri nak kepastian.

“Betul, jangan risau. Ni peluang awak. Guide nak bawa sikit ke atas dah, awak pergilah saya tunggu kat sini,”.

Isterinya setuju. Dia nampak gembira sangat. Cepat-cepat ikut saya untuk pakaikan jubah dan tudung. Saya pun bawa beliau tanpa suami, mengikut laluan pelancong seperti biasa, ke tempak wuduk dan terangkan wuduk, dan naik ke bahagian atas melihat dome. Saya kurangkan penjelasan yang terperinci. Biar dia lihat saja keindahan seni reka bina masjid.

Saya suka perhatikan dahulu, apa cara penjelesan yang terbaik untuk setiap pelancong. Kalau dalam masa yang cepat, tunjukkan benda basic. Ada menara untuk azan, seni khat, ruang solat, macam mana kita beratur untuk solat berjemaah. Dari segi reka bina di dalam, tunjukkan mihrab – sekaligus, boleh jelaskan tentang kiblat dan kenapa kita solat menghadap sana. Seterusnya, mimbar.

Secara peribadi, saya suka pelancong yang tua. Sebab saya terbiasa terangkan dalam Bahasa Jepun, kalau pelancong tua warganegara Jepun, memang saya seronok sangat! Rasa macam jalan-jalan dengan nenek sendiri.

Dia tak banyak bercakap. Sekadar melihat, tenung lama-lama. Tak tangkap gambar. Hanyak focus dan capture dalam penglihatan mata sendiri barangkali. Saya pun tak nak kacau. Saya tunggu. Dia pun ajak saya turun.

“Bukan apa, saya takut nanti menyusahkan kumpulan saya. Saya tak nak nanti kami pasangan tua buat pergerakan terbantut, ahli kumpulan yang lain tertunggu-tunggu kami.”. Allah.. Memikirkan orang lain sampai macam tu sekali. Siapa yang tak sayangkan warga emas macam Puan ni? Bisik saya dalam hati.

Kami pun turun ke bawah.. Nampak kegembiraan kedua-dua pasangan tu. Berkali-kali ucapkan terima kasih. Gaya orang Jepun tu lah, tunduk-tunduk. Haha.

Dakwah tak bermakna pada masa sekarang, dia syahadah di depan mata kita. Dakwah ni ada peringkat. Segala kebaikan yang kita tunjuk atas ajaran Islam, adalah dakwah. Ajak orang lain dekat kepada Islam, dengan tunjukkan sikap yang baik, layan dengan baik – mereka dah one step dekat kepada Islam. Kita ni pengantara sahaja, Hidayah milik Allah. Allah yang pilih siapa dia nak bagi, dalam bentuk apa. Tugas kita buat je.

Ada satu benda yang saya menyesal tak buat hari tu.. Saya tak ambil gambar beliau. Gambar pada post ni pasangan yang lain, sekadar hiasan. Kalau boleh, saya nak tangkap gambar beliau di depan kubah atau dalam ruang solat utama, cetak, dan hantarkan ke kediaman beliau di Jepun nanti. Tak apalah, tak ada rezeki..
  • Share: