Setakat Jam 4 pagi, on-call hari ni sangat tenang. Lepas selesai tugas saya, saya ke wad pula tolong kawan ambil darah dan sebagainya. Isnin kebiasaannya banyak darah pesakit yang perlu diambil. Pesakit yang perlu dipantau keadaan darah secara mingguan, kita ambil hari Isnin.
So far so good. Tak terkejar-kejar, relax je kami di wad. Sempat lepak makan brownies, minum milo. Hehe. Department yang saya kerja sekarang, bukanlah department yang "eventful". Tapi dah nama pun kena duudk wad, ada kemungkinan kondisi pesakit boleh berubah tiba-tiba.
Saya sedang bersiap-siap untuk tugas office hour, tiba-tiba nurse datang. Masa tu dalam jam 5.30 am.
"Dr., cuba tengok patient A. Macam dah tak ada."
Huh? Tak ada apa ni? Patient jalan-jalan, hilangkan diri ke apa?
"Saya periksa vital signs dia 2 jam lepas, dalam 1 jam lepas saya bagi ubat - okay, sihat je." tambah nurse tadi.
Kami pergi untuk periksa pesakit tersebut, panggil kawan-kawan on call di tempat lain sekali. STAT. Ambil tindakan seperti biasa.
Sepanjang malam tadi, ada seorang pesakit lain yang keadaan dia kurang stabil. Kejap ok, kejap tak. Drastik perubahan dia, jadi untuk dia - memang kita perhati secara rapat.
Sampai lah jam 7 pagi baru selesai semuanya.. Jam 5.30 am ~ 6.30 am ni waktu ramai doktor bertugas sesi office hour masuk kerja. Katil pesakit ni pula diasing kerana jangkitan dia. Jadi kebanyakannya tak perasan pun kat belakang tengah gigih CPR.
Pengalaman baru hari ni ;
1. Hubungi Medical Officer dan maklumkan keadaan pesakit 2. Run ABG stat 3. Attend pesakit
Hakikat rumah sakit. Hari-hari tengok kematian. Saya sendiri cepat juga shift otak, bila pandang sebagai doktor - rasa okay. Tapi bila tiba-tiba shift sebagai waris - tersentak juga. Teringat terus, kehidupan kita kat dunia ni sekejap sangat. Bersedia ke tak kalau tiba-tiba ditarik nyawa?
Masa ambil darah, ada seorang pakcik tua ni. Sebut-sebut, "nampak mak kat sana,". Ni benda biasa, relax. Kita layan je. Cuma bila pegang tangan dia, kulit yang dah nipis, teringat kat ibu bapa sendiri.. Kalau Allah bagi kita rezeki ibu bapa yang besarkan kita ikut corak Islam, semoga kita dapat terus berbakti untuk mereka.
Hancur hati tengok orang tua duduk hospital sorang-sorang. Mengharapkan orang lain layan keperluan mereka.
Kepada anak-anak, kita nak hantar baby ke pengasuh pun risau kan? Tak akan mampu pengasuh tu jaga macam kita jaga anak sendiri. Bayarlah berapa harga pun.
Macam tu juga ibu bapa kita yang dah tua. Bayarlah mahal mana pun, tak semestinya orang asing boleh jaga mak ayah kita dengan baik. Tolong jangan bongkak, sebut "tu kan kerja nurse/doktor.". Sedih sangat-sangat bila anak lelaki, minta tolong nurse perempuan untuk tukarkan lampin ayah dia. Jagalah maruah ayah..
5 Comment
omg sedihnya baca ni, i hope i can take care of my parents well bila diorg dah tak larat nanti :(
ReplyDeleteMulia kerja doktor.
ReplyDeleteallahu... sebak baca. semoga awak sentiasa dibwah jgaanNya.
ReplyDeleteteringat masa jaga arwah di wad...mmg tiap hari ada kematian....tgk nurse pun dah pakar dalam bidang dia....tahu apa tindakan perlu diambil....doktor apatah lg....tpi saya yang disisi katil lain....ALLAH saja yang tahu rintihan tu....xmmapu saya berada dalm situasi doktor dan nurse tu...bukan sekadar sekeping sijil yang dperlukan...malah lebih dari tu....terima kasih doktor....hanya ALLAH sahaja yang mampu membalas jasa baik doktor dan nurse dan semua pertugas kecemasan...
ReplyDeletesebak pulak when u mention about "shift" tu. bagus Doctor boleh letak diri dalam kasut orang lain.
ReplyDelete