Bicara dosa dan pahala - Hijrah Artis N
By Athirah | Coral Tulip - Sunday, October 25, 2020
Bila seseorang baik di mata khalayak ramai, kita puji melambung. Kita cerita pasal kebaikan dia, kita ukur tahap kebaikan dia.
Sepertimana juga bila dia buat perkara buruk di mata khalayak ramai, kita hina sekeji-kejinya. Kita cerita pasal keburukan dia, kita ukur tahap keburukan dia.
Kita tahu - cerita kebaikan seseorang, supaya orang lain termotivasi buat kebaikan yang sama juga. Tapi jujurlah, siapa je yang betul ikhlas rasa nak berubaha ke arah kebaikan?
Atau sebenarnya kita memang saja nak cari bahan untuk dibualkan tentang seseorang?
Nak jadikan berita, buat duit?
Nak dapatkan perhatian sebab tahu lebih?
Mungkin salah, mungkin betul.
Kalau perkara baik, tak apa. Niat adalah hak seseorang dan Allah sahaja. Tak layak untuk sesiapa pun pertikaikan.
Yang rasa sakit hati, geram, sebagai kita sama-sama manusia - bila seseorang tersilap langkah.
Kita hina sekeji-kejinya.
Buatlah apa pun.
Korban segalanya, dijemput Allah untuk tunaikan Haji - apa yang dikata?
"Dah menangis-nangis kat Arafah, retilah sikit pakai tudung elok-elok."
Siapa kita, nak ukur "elok-elok" tu? Betul, pasti, apa yang kita pakai, buat, cakap - dah cukup baik?
Mungkin ramai yang tak setuju, tapi saya memang tak setuju dengan gerakan "Tegur (= serang) artis secara terbuka atas nama cegah kemungkaran". Tegus tu tak salah, tapi jaraaaaaaangggg sangat sangat sangat jumpa teguran yang rasa sejuk hati. Biasanya teguran yang lemah lembut, berhikmah ni, tak dapat like. So hilang macam tu je.
Orang kita suka teguran yang lagi "kreatif dalam menghina", lagi ramai like, lagi tinggi pontensi untuk si artis dan pengguna sosial media lain baca.
Untuk apa nak sibukkan keburukan/kebaikan orang lain? Tanya diri kita, adakah pakaian kita hari ni lebih patuh & dekat kepada Allah daripada semalam? Pertuturan kita? Pemikiran kita? Pandangan kita? Banyaknya nak jaga. Tak ada masa nak sibuk ukur tepi kain orang lain.
Kalau baca sampai sini, nak minta tolong boleh? Bila ternampak saya, atau sesiapa pun - tersilap langkah suatu hari nanti. Terundur ke belakang, pemakaian kurang elok (walaupun masih tutup aurat), percakapan kasar - janganlah marah. Doa, doa, doa. Kalau tak berkebolehan tegur dengan kasih sayang, doa. Jangan buat orang makin jauh sebabkan kekurangan kita untuk tegur.
Jangan pentingkan diri sendiri, dengan alasan "ah apa aku kisah, janji tegur, dah selesai tugas aku,". Selesai tugas apa? Tujuan kita tegur, sebab kita sayang dia & nak dia balik ATAU ego diri sendiri untuk puas hati dah tegur?
Macam mana kita sayang seseorang yang cuba pakai purdah, kita faham hidayah milik Allah, macam tu juga bila dia terundur sikit. Hidayah milik Allah. Tak ada kena mengena dengan kita langsung. Sayanglah orang lain.
Bila rasa nak keji orang yang tak pakai tudung, tengok diri sendiri balik. Elok tak tudung kita? Labuh tepi bawah bahu? Belakng labuh? Depan tak ketat hingga nampak dada? Baju macam mana? Pergaulan kita macam mana? Ukur diri sendiri jommmmssss!

8 Comment
thanks for the share....moga kita sama sama menjaga diri kita juga...
ReplyDeleteTegur berhikmah.
ReplyDeleteYa kalau tidak mampu, doakan sahaja dan kita pun kena solat taubat kalau rasa hendak marah orang.
terkadang niat baik terkalahkan dengan ego
ReplyDeleteorang suka buat kerja Allah sekarang ni, menghukum saja kerjanya tanpa tgk diri sendiri
ReplyDeleteammi pun kurang suka bila netizen menegur orang dengan cara yg biadap. kan boleh je DM orang tu dan tegur. at least 1-1 takdelah semua orang nampak teguran tu.
ReplyDeleteah betul tu! ukur baju dibadan sendiri dulu. bab bab tudung ni sensitif. tengok diri sendiri dulu sebelum nak judge orang lain kan.
ReplyDeleteerin | littlesipsoftea.com
yang mana ke arah kebaikan.. kite support je :)
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian. Ibarat kuman di seberang laut nampak, gajah di bibir mata tak kelihatan. Kadang tak semua teguran tu tak baik. Niat nak betulkan kesalahan tu molek dah. Tapi salah cara.
ReplyDeleteP/s: jemput jalan2 baca blog.