Merawat Ahli Syurga

By Athirah | Coral Tulip - Saturday, September 26, 2020

Budaya kita, panggil orang yang mempunyai kecacatan akal sebagai "ahli syurga". Sebab kehidupan mereka di dunia berbeza dengan kita, mereka tidak dihisab - straight ke syurga kelak. Tak diwajibkan ke atas mereka untuk beribadah. Cacat di dunia, tapi kedudukan mereka jauh lebih tinggi dari kita. Tak berdosa.
My first personal encounter is when I was a kinder garten teacher. I (think) I had a pretty good perception and knowledge about Down's Syndrome, ADHD, Autisme, and other different specturms of learning difficulties. So I wasn't shocked. Neither was I scared. I think most of us aren't actually scared of them. It's just we don't know much about them. We still keep them caged, if not ashamed, because of worried they might harm others. To which, still goes back to because we don't have enough knowledge about them.

I had no problem. I am okay. As long as they're not too big and harmful to me physically, I'm good. Cause I'm petite, haha.

Nak dijadikan cerita, saya ditugaskan untuk menjaga seorang pesakit ni. Dia datang sebab retak tulang tangan. Sekitar 30-an, nak kata pakcik, tak juga. Mimik muka ceria, girang. Selesai saja periksa beliau, terangkan tentang prosedur pembedahan, waris beliau minta untuk bercakap sendirian.

"Dia ada masalah otak sikit, tapi dia tak tahu."

Oh.. Okay. Tak ada masalah. Asalkan masa hari pembedahan nanti waris mesti berada sekali. Sebenarnya walaupun dari luar nampak biasa, boleh je perasan daripada mimik muka atau pergerakan seseorang.

Memang seronok jaga dia. Btw jaga maksudnya in-charge tau. Tak adalah literally "jaga" suap makan semua, haha. Suka guna perkataan jaga.

Kita terangkan satu, terus nampak muka dia enlightened. Terus jawab dengan bersemangat, "OKAY!".

Nanti pukul 12 malam, kena puasa tau. Tak boleh makan sampai pagi. Untuk operate esok.

"Okay! Tapi nanti lapar?"

Tak apa, kita masukkan air ni.

"OKAY!".

Selesai saja dari pembedahan, terkejut saya. Dia terus gopoh-gapah nak ke tandas. Sebaik pesakit pulang dari dewan pembedahan, doktor akan periksa keadaan pesakit secepat mungkin. Ini untuk pastikan keadaan pesakit stabil, bantu sekiranya mereka perlukan apa-apa.

"Sekejap, doktor! Saya nak terkencing!!"

???

Okay, okay. Saya pun kembali ke beliau.. Periksa, tanya khabar dia macam mana. Terangkan dah boleh makan tapi setakat yang mampu.

"Tangan saya tak rasa apa-apa, kebas,"

Ya, tangan akan kebas buat sementara waktu sebab baru habis pembedahan. Nanti bila kebas dah makin hilang, saya akan bagi ubat tahan sakit ya.

"OKAY!"

Biasanya pembedahan seperti beliau tak ada masalah sangat.

Kelakarnya, sepanjang hari saya berada di wad - beliau akan mencari saya. Jalan mundar-mandir, minima setiap 30 minit untuk bagitahu,

"Tangan saya kebas lagi,"

Ya Allah.. Why is my patient walking around!? 

Ya, memang kebas. Nanti slow-slow hilang kebas ya. 

Ulang kali banyak kali. Dia akan datang, tengok saya lama-lama sehingga saya perasan, dan tunjukkan tangan. Hahahahh aduhhh.. Terhibur sampai petang.

Keesokannya, selesai diperiksa oleh pakar, beliau pun dibenarkan discaj. Selesaikan urusan discaj, saya siapkan kerja lain pula.

Ketika berjalan ke wad sebelah, terdengar seseorang memanggil dengan kuat dari arah lif,

"DOKTOR! SAYA SUDAH BALIK! TERIMA KASIH!"

Ya, baik-baik ya. Jangan jatuh lagi!

Alhamdulillah.. Sejuk hati bila sesekali ada orang sedekahkan kata-kata macam tu.

Saya yang patut berterima kasih. 

  • Share:

You Might Also Like

1 Comment