Resah Macam Anak Kecil

By Athirah | Coral Tulip - Friday, August 07, 2020

Geli hati juga dengan sendiri. Tak tahu sebenarnya rasa apa. Tapi tu lah, kenapa kena tahu apa yang kita rasa?

Ni pendapat peribadi saya tau. Bukan dari seorang Psychiatry atau ahli Psychology, tidak. Tapi mungkin berasaskan pembacaan saya, ada.

Pernah dengar perkataan "adult tantrum"? Kalau tak pernah, pergi baca dulu dan faham. Adakah kita pernah berada dalam situasi macam tu?

Kadang-kadang bila kita diberi keputusan yang tak terjangka, kebiasaannya kita akan bersikap negatif. Sebutlah semua sikap negatif ; kecewa, marah, sedih, tak puas hati, layan bisikan "kalaulah macam tu, kalaulah macam ni,", bandingkan diri dengan orang lain.. Kebiasaannya.

Bila kita tak cuba untuk faham apa yang sebenarnya kita rasa, kita terus "lepaskan" dalam bentuk sifat fizikal negatif pula. Dari mulanya kita bersikap negatif, sekarang kita nak lepaskan secara fizikal pula. Tak kisahlah, ada orang jerit, marah orang, menangis tak henti-henti memikirkan benda yang luar jangkaan dia.

Cara saya, terima dulu benda hakikat yang tak boleh ubah.

Tak dapat duduk rumah di bilik sendiri buat sementara waktu. Okay.

Terima dulu! Tak perlu paksa diri terus macam tak ada apa-apa. Alah dekat je, apa nak risau? Sikit je. Bukan benda besar pun. Orang lain ada yang kena pergi ke Sabah. Bila kita cuba nafikan apa yang kita rasa, lagi bahaya. Seolah-olah, tahu kencing manis tak boleh luka. Tapi biar je luka kecil tercucuk duri. Biar je, nafikan. In denial.

You can feel how you feel and accept the fact at the same time.

Yes you can!

I am sad but this is what I am going to live with.

Dalam Islam pun, kita diajar untuk bersabar. Bukan tolak bulat-bulat. Walaupun kita tak nampak perasaan, tapi perasaan ni chemical yang memang wujud fizikalnya dalam otak dan darah kita. Ada. Jangan anggap benda ni remeh. Macam luka kecil tadi, kalau dah sarat memang akan memberi kesan kepada seluruh tubuh kita.

Kalau memang (belum) gembira lagi, masih dalam fasa cuba terima ketentuan Allah, boleh cuba cakap ni ulang-ulang :

"Alhamdulillah. Ini yang terbaik."

Orang tanya, mulakan dengan "alhamdulillah". Bersyukur dulu. Apapun ketentuan Dia, adalah nikmat. 

Dah mula sedar untuk terima?

Kita fikir apa punca sebenar kita rasa sikap negatif tadi, dan apa solusi yang kita ada.

Cari sendiri!

Nak tanya kawan sekadar ringankan beban, betul. Pernah terfikir tak, beban kawan yang nak bagi solusi untuk pilihan hidup kita? Haha. Kita pun, jangan senang-senang cadangkan "aku rasa kau patut cerai je dengan dia,". Hahahhah hilang akal agaknya! Nauzubillah.

Selaluuu berbalik kepada apa yang diri sendiri boleh buat.

Hakikatnya kadang-kadang kita tak ada pun solusi untuk ubah sesuatu perkara. Contoh, malapetaka. Tak ada solusi kan? Yang ada cuma ;

Punca sedih : Kereta accident

Solusi : Patah balik masa

Tak betul, kan? Yang ada cuma solusi untuk lalui malapetaka tu. Pinjam dulu kereta abang, contohnya.

Kebanyakan benda kita tak boleh ubah pun..

Tengah sibuk banyak urusan sebenarnya. Kena divert sikap negatif kejap, maka menulislah saya. Solusi saya untuk atasi sikap negatif, tulis benda positif. Tulis, sebut, banyak kali sampai betul-betul jadi mantera. Haha

Okay terpaksa berhenti menulis tergantung.

  • Share:

You Might Also Like

2 Comment

  1. Betul tu. Saya selalunya entri motivasi kat blog supaya boleh baca bila-bila masa untuk dapatkan positive vibe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi blog Jannah penuh dengan makanan sedap-sedap.. Termotivasi nak makan juga. 😋😆

      Delete