Pilihan yang Terbaik

By Athirah | Coral Tulip - Wednesday, August 05, 2020

"Adik tak nak doakan. Semoga dapat yang terbaik je,"
Semalam sempat minta Bobo doakan dapat Hospital WW, pilihan nombor satu saya lah kononnya. Sebab 5 minit dari rumah. Kalau jogging pejam mata boleh agaknya sampai. Kalau bawa kereta pejam mata bahaya pula.

Hakikatnya, itu doa yang terbaik. Agar dibimbing dalam membuat setiap keputusan dalam hidup, untuk dapat yang terbaik untuk kita. Yang terbaik tu, rahsia Dia.

.. Sambungan kepada kisah post semalam, alhamdulillah rezeki ke hospital yang jarang terlintas di fikiran.

Sebab nak isi online ni, kita tak akan tahu hospital apa yang ada, berapa kekosongan, malah bila masa tepat pilihan hospital tu akan "muncul" pun kita tak termaklum.

Berbekalkan doa apa yang terbaik je lah.

Maka, bermulalah urusan rasmi dan tak rasmi.

Menimba pengalaman menyewa rumah nampaknya. Rezeki sejak kecil, ditimang mak ayah hari-hari.

Alhamdulillah atas segalanya.

Tadi cuba google sikit tentang hospital ni, terus keluar artikel "doktor buat laporan polis kerana penderaan fizikal dan mental oleh pakar". Hahahahh tu lah, adakalanya lebih baik tak tahu. Cepat-cepat tutup. Malas baca anasir negatif.

  • Share:

You Might Also Like

3 Comment

  1. Alhamdulillah dapat penempatan hospital.

    ReplyDelete
  2. good news...bakal posting....not so good news...jauh dr rumah...xpe...timba pengalaman....mungkin ini yang terbaik....

    PS: sila jgn baca artikel tu selagi belum serasi dengan persekitaran kerja...tkutnya demotivate pula....

    ReplyDelete