Perli masa Azan?

By Athirah | Coral Tulip - Saturday, March 21, 2020

 
"Solluu fii buyuutikum." "Solluu fii buyuutikum."
Tak pernah terfikir akan hidup di zaman laungan azan yang berbeza. Ada lah, sekali dua terbaca tentang pernah dilaungkan azan yang berbeza pada zaman Rasulullah. Tapi entah, tak pernah terkesan. Tak boleh bayang akan tiba waktu segenting itu pada zaman ni. Rasa selesa.

Rasa terhina sebenarnya sejak azan dialungkan dengan panggilan "solat di rumah kamu," ni. Mana taknya, bayangkan :

Tuan rumah yang sentiasa buka rumah-Nya, menjemput tak kira siapa pun, terima sesiapa sahaja, tak perlu usul periksa langsung. Tak ada kena lalu penggera besi pun. Tak disoal siasat pun. Malah, siapa yang selalu datang ke rumah Dia, rasa bangga diri pun ada. Orang semua nampak aku datang rumah Dia ni.

Tiba-tiba tutup.

Rumah yang tak pernah tutup. Rumah yang kita sendiri bina, guna duit kita, kudrat kita, bahan kita, tertutup. Atas sebab makhluk yang sangat halus. Kita tak nampak pun, tapi kita percaya kewujudan makhluk ni. Sebab dia ni je, sampaikan rumah Dia yang sentiasa terbuka pun kita terpaksa tutup. Tangan kita yang buat rumah ni, terpaksa tutup tak bagi sesiapa pun masuk.

Rupanya bukan milik kita pun benda-benda yang wujud di dunia ni. Kita yang perasan kita berkuasa. Sebabkan makhluk halus ni sahaja, bukan setakat masjid, mata kita pun jadi tertutup. Dah tak tahu nak fikir.

Alhamdulillah, saya bersyukur Allah pilih untuk hidup di zaman ni. Terlalu banyak pengajaran.

Cukuplah azan yang menyuruh solat di rumah. Nak kena tegur macam mana lagi?

  • Share:

You Might Also Like

12 Comment

  1. Sgt betul.. semuanya adalah perancangan Allah Tak Tau Lah Al Allah nak tunjuk pada kita ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaaAllah, semua yang baik saja daripada Allah. Bersangka baik. 😄

      Delete
  2. mmg mula tu rasa kenapa tapi bila kita fahami wabak yg kita tak tahu siapa pembawa ni baru kita sedar..bukan bermakna bila duduk rumah kita duduk tanpa bersolat...tu cuma alasan org2 yg malas jer..wallahualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh kita prepare ready ibadah banyak-banyak untuk Ramadhan nanti, kan. ☺️

      Delete
  3. Replies
    1. Rumah saya ditambah dengan announcement. Setiap kali masuk waktu solat, diingatkan untuk solat berjemaah dengan keluarga. 😢

      Delete
  4. memang sayu rasa hati bila dengar azan dengan ayat tu dari Facebook orang kat arab sana yang kawan2 share...setakat ni belum dengar lagi azan dengan ayat tu kat area rumah sini...tertunggu juga setiap kali waktu azan..

    ReplyDelete
  5. sekarang dunia pun rasa sunyi dah..sedihnya T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaaAllah, sedih dan sunyi untuk kita, meriah untuk penghuni-penghuni alam haiwan pula. 😄

      Delete