Klinik berlambak, buat apa nak jadi doktor?

By Rara | Coral Tulip - Wednesday, March 25, 2020


Alhamdulillah rasanya dalam 10 tahun ni tak perlu dah terpaksa tadah telinga kat kenduri layan makcik pakcik ignorance pasal doktor di Malaysia.

“Anak jiran makcik baru kerja sebulan, terus berhenti kerja doktor.”
“Macam kerja buruh, gaji sikit.”
“Sepupu tiri makcik sibuk nak sambung pakar, terabai laki dengan anak dia.”
“Kawan anak makcik dah umur 30 tahun tak kahwin-kahwin. Tengok lah pakar kat hospital, kalau perempuan mesti tak kahwin sampai tua.”
“Doktor biasa ni berlambak menganggur, kena jadi pakar.”
“Sepupu jiran makcik, kerja sampai tak sempat makan.”

... Mana doktor yang ramai sangat tu?

Makcik rasa makcik lagi tahu, daripada kami yang 3 tahun waktu belajar ulang alik ke hospital? Kami belajar sambil pejam mata buat-buat tak tahu je masa depan kami. Kalau ada terjumpa pelajar perubatan, doktor baru kerja, kita bagi semangat dan sokong ok?

Doktor gaji banyak, kereta mewah, lebih pentingkan duit - semua ni ramai dalam drama je. Macam pilot, dalam drama tak pernah pun bawa kapal terbang, adakah bermakna semua pilot tak pandu kapal terbang?

Percayalah, bukan senang nak kerja dengan manusia. Yang pernah kerja dalam bidang khidmat pelanggan mesti faham. Dah la kena layan kerenah orang dan ahli keluarga, nyawa dia dipertanggungjawabkan atas doktor. Allah yang Maha Menghidupkan dan Mematikan, doktor adalah asbab di antara Allah.

Bayangkan, anak pertama tidur lama pun kita risau - hidup kan? Bernafas kan?

Ni, beratus nyawa orang tak dikenali dipertanggungjawabkan atas mereka.

Kejayaan seorang doktor adalah bila pesakit dapat dirawat dan tak perlu lagi mereka datang jumpa doktor. Geli hati bila dengar ada yang kata, doktor bagi ubat supaya kena datang sampai bila-bila. Allah.. Ummi saya sendiri, doktor berhentikan makan ubat kolesterol setelah beliau berjaya kawal dengan gaya hidup sihat.

Untuk menjawab soalan kenapa jadi doktor - sebab amanah.

Dah berjaya sampai ke sini adalah izin Allah, dengan kekuatan Dia dan rezeki dari Dia. Tak semua orang sampai ke sini. Tak ada sebab khusus sebenarnya. Tak tahu pun lagi dalam masa 10 tahun, amanah apa pula yang Allah beri. Tapi buat masa ini, inilah dia. Sama macam pekerjaan lain.

Buatlah apa jua pekerjaan halal yang diamanahkan Allah sebaik mungkin. Allah yang buka jalan dan amanahkan kita untuk berada di tempat kita sekarang. Kita perlukan sesama kita. Kalau sibuk kejarkan duit, risau terabai amanah dari Allah. Semoga Allah beri kekuatan untuk kita lalui apa jua cabaran dalam laksanakan amanah kita. Apa yang kita ada sekarang, adalah rezeki dan juga amanah.

Amanah. Amanah. Amanah. Amanah yang akan disoal kelak.

Kaki Nota :

Jangan hina apa jua pekerjaan halal yang orang buat. Bantu, kita permudahkan kerja semua orang. Tolong bersihkan meja lepas makan, buang sampah sendiri di kedai makan layan diri, bersihkan kawasan awam yang kita pakai, dan sebagainya.

Kita buang pemikiran asalkan berbayar gaji biarkan dia buat. Kita permudahkan urusan orang lain, Allah akan permudahkan urusan kita. Kita cuba empati, faham yang dunia tak berputar keliling kita sahaja. Ni pun lubuk pahala yang boleh kita kumpul sikit-sikit. Mana tahu, ada antara pahala kita berbuat baik ni jadi sebab kita masuk ke syurga nanti, kan? :)

  • Share:

You Might Also Like

12 Comment

  1. Yup mana boleh Kira to long, kita to long. Kemas pinggan supaya orang yang ambil pinggan nanti senang sedikit kerja.
    Terima kasih ingatkan semula.

    ReplyDelete
  2. Sangat setuju dengan awak. Masyarakat kita suka membuat andaian walaupun mereka tak tahu hal sebenarnya. Ingat senang ke habiskan masa di universiti untuk belajar dan kemudian bekerja untuk berkhidmat kepada masyarakat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, semua orang ada cabaran yang kita tak tahu pun. Makcik janitor pun, kalau ikutkan luar bidang kerja dia dah kena bersihkan kotor yang sengaja orang buat. Lagi sedih bila tengok dia pun tua.. :(

      Delete
  3. May Allah the Almighty bless us all, protect us and guide us through this trying time. Teruskan perjuangan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaaAllah. Semoga perjuangan kita semua Allah permudahkan. :)

      Delete
  4. Akak dan spital dh mcm rumah kedua ,doc dan nurse pun mesra,boleh dibawa bergurau,so kalau ada yg memperlekehkan kerja doc,rasa mcm nk sound2 ja kt diaorang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Tu la, lagi-lagi yang main cakap je pasal hospital kerajaan - padahal memang dia tak nak faham procedure flow hospital. Terima kasih cakap yang baik-baik tentang kakitanyan pegawai kesihatan. Semoga akak sekeluarga sihat ya. :)

      Delete
  5. Semoga dipermudahkan segala apa jua pekerjaan💪💪

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaaAllah, semoga pekerjaan kita jadi ibadah yang bawa kita ke syurga. :)

      Delete
  6. Seperti abg abg askar yang berjuang di medan perang, macam tu lah para doktor yang berjuang merawat kita semua. Selamat berjuang doktor!

    ReplyDelete
  7. thank you so much for stopping by my blog. followed you back ^^

    it comes with a great cost, sacrifice but nothing is easy right. may Allah ease everything for all of us. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

    ReplyDelete