Pergi Sekolah Bagus Nanti Jadi Pandai
yeke? tak setuju langsung. masih tak boleh terima fakta yang dinyatakan tersebut. Tak masuk akal lah~ dah semua budak pandai dia kumpul kat satu sekolah, mestilah semua dapat keputusan baik-baik masa SPM. Bukan sebab sekolah, dah memang pandai. Habis, pergi sekolah-sekolah terbaik, yang dapat keputusan tak elok macam mana pula? Ramai je kan. Sama je lah, bagi saya, belajar di mana pun. Kalau dah memang pandai, sampai bila-bila pun pandai. Bukan nak berlagak tapi kenyataan. Bukan pandai, tapi sedar akan kepentingan belajar, dengan izin Allah, boleh. Semua orang boleh. Semua orang tengok buku teks sama. Macam mana pelajar mempergunakan buku teks yang disediakan yang memberi perbezaan di antara pelajar cemerlang dan kurang cemerlang. Sekarang dah bukan A1, A2. A+, A, A-. Makin mencabarlah nampak gayanya. Mesti nak semua matapelajaran grade sama kan?
Saya rasa sekolah saya dah lebih. Mungkin cikgu-cikgu kurang baik, tapi 'isi' sekolah tersebut yang memberi perbezaan. Ada matapelajaran Sijil Menengah Agama. Ada orang kata,
"Aku tak kisah sangat nak duduki peperiksaan Sijil Menengah Agama atau tidak, yang penting aku ingat apa yang aku dah belajar walau ke mana pun,"
Ada benar juga apa yang diperkatakan oleh sahabat saya. Saya pun, insya Allah tak akan melupakan segala ilmu yang saya dapat sepanjang menuntut ilmu di Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah. Tapi dari segi rasional pula bagaimana? Saya rasa alang-alang dah belajar matapelajara Sijil Menengah Agama selama tiga tahun, kenapa tidak menduduki peperiksaan khas untuk matapelajran tersebut? Deria keenam saya kuat menyatakan bahwa suatu hari nanti sijil tersebut akan membantu saya pada masa hadapan. Itu baru kejayaan di dunia, di akhirat? Saya tak rasa ilmu yang saya dapat selama tiga tahun berada di SAMTTAJ sudah mencukupi. Biarlah selama mungkin, saya nak ilmu tersebut. Pengetahuan tersebut.
Bersyukur ke hadrat Ilahi, saya betul-betul merasakan bahawa saya adalah salah satu antara hamba Allah yang terpilih untuk menuntut ilmu di Sekolah Agama. Bukan semua orang dapat, bukan semua orang Allah bukakan pintu hati mereka untuk menuntut ilmu di Sekolah Agama selama lima tahun, insya Allah. Dari Darjah Enam lagi, secara kebetulan dengan izin Allah, saya memperolehi 5A dan Jayid Jiddan dalam UPSR dan PSRA sekaligus membolehkan saya menjadi seorang daripada pelajar SAMTTAJ. Betul2 baru balik dari Jepun masa tu. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya, saya yakin terhadap fakta bahawa saya masih bertahan di SAMTTAJ adalah salah satu daripada ihsanNya kepada hamba yang dikasihi, saya amat bersyukur. Bukan mudah untuk bertahan di sekolah agama, cikgu-cikgu, pelajar memang aneh bagi saya. Lagi-lagi diri ini yang sering membanding-bandingkan segala di depan mata saya dengan apa yang saya lalui ketika menetap di Jepun. Sudah tentu dari segi zahiriah, Jepun lagi indah.
Sampai di sini dulu. Penat tadi berdiri masa tafzsir, kena bagi makna :)
Tahniah Tina, dapat teknik~ xD
2 Comment
well..u're right.
ReplyDeletei stayed in samtaj for 5 years n thanks God,i did learn lots of things there..although tym f4 gle desperate nk pnda..~ha3
it's good when u know how 2 appreciate the sma cos the other schools don't have it rite?
so..kte lbey wut dr dorg//
yes we are! and i only do the best on what i really want to do. going to samttaj is what i reallu want to do. wee
ReplyDelete