Naik Pentas - Keputusan Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

By Rara - Friday, January 15, 2010

Ana, "Makcik kita kata result SBP keluar hari ni! Nanti korang check yaa,"

Ok, will do. Pagi2 lagi perhimpunan seperti biasa, baca yasin. SEPATUTNYA. Tetapi tidak. Sebenarnya sudah dimaklumkan terlebih dahulu bahawa YDP PIBG SAMTTAJ akan memberi sumbangan dan sijil kepada pelajar cemerlang 9A dalam PMR. Dah siap2 dah, berkumpul & cikgu bagi taklimat. Ingat pagi2 baca yasin dulum tapi tak. Mungkin sebab YDP pun dah sampai, takkan nak biarkan beliau menunggu . Ceh

Semua yang dapat 9A berkumpul dii tepe dewan~ Okay lari2. Hari ni pakai lencana taaaau. Hehe. KHADIJAH tak, kan? Mwahahahha. Habislah kaauu. Dahla nanti kat atas ada pengetua! Pakai lawa, kain songket gitu.

Beratur ikut urutan nama. Nadia yang sepatutnya sebelum saya tak datang pula. Aduhh~ Nanti kena ambil bagi pihak dia ke? Tak nak lah. Orang depan saya pun dah pergi, Nabilah Izzati kalau tak silap. Doa2 tak jatuh kat atas pentas tu. Ha-ha-ha. Nama Nadia pun dipanggil, tak tahu nak buat muka apa. Pandang Mama Liza(:p), beliau suruh pergi je. Disebabkan diri ini yang agak 'blur', saya pun buat bodoh je. Pengacara(Solihin) pun buat2 faham, terus panggil nama saya, thanks! Ha-ha-ha again.

Tamatlah diri ini berada di atas pentas.. Dapat sijil dan sampul. Smapul je ke? HEHEHEHE. Balik nanti terus bank-in!

Disebabkan pada jam 3 petang nanti ada program Gemilang Jawi, Ana dan saya pun berkeliaranlah di sekitar Shah Alam bersama Ummiku yang tercinta. Pergi kedai tudung. Makan, jeng jeng jeng.. Cek SBP.

NUR NAJWA ATHIRAH tak dapat.. Ana pun tak. Takpelah, takde rezeki. Sekolah yang saya pergi sekarang adalah yang terbaik untuk saya barangkali. Allah kan tahu yang terbaik untuk hamba-hambanya. So, tak kisah pun. Lagipun memang sayang matapelajaran SMA. Tak nak lah tinggalkan, sia2 je usaha selama tiga tahun ni. Memanglah takde kaitan, tapi masih ada juga. Ingat senang ke belajar di sekolah agama? Gurau je. Ahha!

Kepada rakan-rakan terutamanya Aminnurrasyid dan Syakiran yang mendapat tawaran ke SBP, tahniah! Jangan teragak-agak untuk meninggalkan SAMTTAJ kalau rasa memang betul sekolah yang ditawarkan adalah yang terbaik untuk korang. Bukan semua orang dapat, jangan sia-siakan. FIkir elok2, buat solat istikharah. Apa2 keputusan korang, aku tetap sokong! :D Mwahaha. Padahal dua tahun je lagi.

Dah lewat, selamat malam!

  • Share:

You Might Also Like

0 Comment