Ibu Kucing Merenung Anaknya yang Baru Meninggal Dunia :(
By Rara - Tuesday, January 12, 2010
Tadi petang selepas menjemput Haziq dari sekolah, saya terlihat dua pasang kucing. Seeokar agak besar saiznya berbanding yang lagi seekor. Pandangan kasar saya kuat menyatakan bahawa mereka adalah ibu dan anak kucing. Tetapi salah seekor, yang saiznya lebih kecil kelihatan aneh. Rupa parasnya cukup sempurna, cukup sifat. Tetapi keadaannya terkulai layu di atas jalan raya membuatku tersentak. Kucing itu telah mati beberapa minit sebelumnya kerana dilanggar kereta barangkali. Bertambah hiba apabila ibunya sedang merenung tepat daripada jarak lebih kurang 10cm seolah-olah mengharapkan anaknya akan kembali bangkit dan berkejar-kejarang semula. Mungkin sebelum ni mereka sedang bermain, berkejar-kejaran. Dengan sekelip mata akibat kecuaian manusia, ibu kucing tersebut telah kehilangan pasangannya, anak yang disayangi. Apakah akan terjadi kepada ibu kucing tersebut? Gerak hati saya kuat menyatakan bahawa ibu kucing tersebut akan menunggu anaknya. Mungkin sehingga seseorang hamba Allah yang budiman menanam anaknya, maka ibu kucing tersebut akan beredar. Mereka hanyalah binatang yang tidak mempunyai akal. Hmm. Disebabkan saya tidak sempat menyimpan pemandangan tersebut dalam memori phone saya yang canggih ni(HAHAHA), saya lukiskan pemandangan tersebut menggunakan Paint. Heh. Cukup sampai di sini. Selebihnya, bayangkan sendiri. Nak tahu lebih lanjut? Esok tanya kat sekolah okay xD
Hari ni merupakan hari pertama dalam hidup saya mempelajari matapelajaran Physics. Bukan selama ni ponteng ke apa. Ni baru kali pertama Cikgu Azhan AJK PIBG :D masuk kelas. Nak buat macam mana kan? Ok lah. Orang kata, Cikgu Azhan ajar memang nampak senang. Tapi masa periksa nanti sebab cikgu takde, jadi susah. Yeke? Kita tunggu dan lihat. Tak sabar rasanya nak menduduki peperiksaan penggal ni. Sebenarnya tak tahu peperiksaan(?) tu orang panggil apa, jadi buat2 faham je lah. Dengan izin Allah, saya ulangkaji setiap hari. Tak nak terbeban dengan apa2 matapelajaran pun. Bukan sikit dah sekarang. Menuntut ilmu makin lama makin susah. Nak buat baik memang susah.
Selepas pulang dari sekolah seperti biasa pada jam 2.30pm, selepas menunaikan solat Zuhur di sekolah, saya menghubungi Ummi untuk menjemput saya. Sepatutnya Ummi tapi terhubungi Abang pula. Maklumlah, satu nombor je lain kan. Selalu je tertelefon number sendiri. Hehehehe, teruk ke? Abang nak pergi HTAR hari ni.Ada temujanjim sakit mata. Ada sesuatu, lemak katanya. Ikut je. Jam 4.30pm nanti ada taekwondo di sekolah Haziq. Baju Haziq & saya Ummi dah bawakan dalam satu beg. Terima kasih Ummi! Sayang Ummi! Heeee
Sepatutnya pada jam 4.30pm saya berada di seksyen 7, tapi tidak. macam lama lagi je urusan abang. Memang lama juga tunggu. Abang bagi iPod Touch kebanggaannya supaya hilang rasa bosan saya menunggu. Wee~ Dah hafal semua lagu. Game pun dah bosan. Battery dah nak habis sebenarnya. Abang kata hari ni doctor nak keluarkan bendasing yang mengganggu bawah mata abang tu, abang dah tandatangan. 18 tahun ke atas dah boleh tandatangan kebenaran melakukan (atau dilakukan?) pembedahan ke atas seseorang. Takde lah pembedahan sangat. Sikit je, bawah mata. Buat アッカンベー seterusnya cocok jarum di bahagian bawah mata, letak penyepit kat bahagian bawah mata yang kemerah-merahan tu, dan buka sikit ruang menggunakan sejenis alat, dan keluarkan bendasing tersebut. Mudah kan? Tak sakit pun. Lama tunggu dalam bilik ni. Nanti balik siapa nak drive? "Kalau awak(Abang saya) boleh drive sebelah mata, boleh la. Takkan dia(saya) nak drive pula kan,". Boleh je *muka serious*
Doctor atau pegawai perubatan (demikianlah kata Abang,) tersebut telah mencucuk jarum di bahagian bawah mata Abang, ok lah. Saya tengok je. Saya pandang lama2. Doctor titiskan penahan sakit ke mata abang. Doctor kata kat bahagian mata je ada penahan sakit jenis titik. Kalau kat kaki ke kan mesti senang? Kat hidung pun, jenis spray. Mestilah, memang dah hilang akal nak inject bebola mata. Ugh. Disebabkan cecair yang doctor titiskan dan darah yang terkeluar sedikit hasil pembedahan tersebut, Abang seolah-olah mengalirkan air mata darah. Tapi sebelah mata je la (yang saya lihat, sebelah mata. Mata lagi sebelah telah ditutup menggukan sejenis kain putih yang dilarang keras untuk Abang menyentuhnya sebaik pembedahan dijalankan). Dikorek-koreknya mata abang. Tak rasa loya. Memang saya tengok pun. Doctor tu macam main2 dengan anak patung je. Saya pun bayangkanlah Abang saya bukan manusia. Ahh, patung pun dia Abang saya juga. Tak nak lah. Patutlah doctor tak boleh melakukan pembedahan kepada ahli keluarganya sendiri. Bukan tak boleh, tak digalakkan. Pengalaman yang menarik! Banyak tengok darah hari ni.
Maaf kepada sahabat karib saya kerana lama tak update blog. Betul2 tak sempat. http://www.facebook.com/profile.php?ref=profile&id=1625861872">Facebook , Twitter, semua tak sempat nak update. Menyibukkan diri dalam urusan duniawi, bukan alam siber xD
0 Comment