Satu Buku Sebelum Mati

By Athirah | Coral Tulip - Wednesday, April 22, 2020

Saya dah bersama blog ni sejak 2005. Masa tu saya pelajar sekolah rendah. Alhamdulillah diberi rezeki punya ibu bapa yang menggalakkan anak-anak mereka untuk buat apa saja, asalkan buat yang terbaik. Jadi saya menulis.

Bila sebut "menulis", janganlah bayangkan saya tulis macam sekarang. Mengarut namanya!

Lurus, macam pembaris saya luahkan pandangan saya. Sangat jujur. Nampak cute sangat bila baca balik.

Ok, berbalik kepada #SatuBukuSebelumMati

Semua blogger pun saya pasti kita kongsi cita-cita yang sama ;

Menulis sebuah buku.

Mungkin ada juga yang dah tulis, simpan untuk bacaan sendiri.

Memang seronok, menulis ni suatu terapi.

Sejak tamat pengajian ijazah sarjana muda, saya mula giat semua mencari cara menulis buku. Masa ni belum terfikir untuk menerbitkan buku lagi. Antara topik yang saya cari ;

1. Bahasa penulisan
2. Pembentukan chapter
3. Cari penerbit
4. Jenis penulisan

Macam-macam laman sesawang saya jumpa. E-Book pun saya baca juga, dalam Bahasa Inggeris dan juga penulis tempatan. Laman sesawang penerbit buku di Malaysia adalah antara laman yang memebrikan gambaran jelas proses dari mula hingga terjual buku kita.

Ditakdirkan Allah saya terjumpa penulisan Dr. Nur Hanisah tentang #SatuBukuSebelumMati rasanya di blog, tapi tak jumpa pula bila nak cari semula. Tapi memang taraf deep web lah saya cari! Masa ni tak terlintas apa-apa sangat. Hashtag tersebut membawa saya ke akaun Instagram beliau.

Oh, beliau seorang doktor! Sama macam saya.

Scroll, scroll...

Beliau graduan dari universiti yang sama!! Mula rasa attached syok sendiri. Haha! Dah lah doktor, dari universiti sama, menulis buku pula.

Eh tapi saya syok sendiri bukanlah jenis goyang kaki sahaja. Pantang tau nampak orang ada ilmu yang saya tak ada. Rasa nak sedut juga semua ilmu tu! Saya gali, gali, oh beliau ada hasilkan eBook tentang penulisan bersama sahabatnya, Dr. Amalina Nudin.

(Lagi lah saya tak keruan. Saya baru saja dapatkan Amalina's Notes hasil tergoda dengan rakan-rakan yang graduasi sama dengan saya! Tak baca pun lagi, lebih kurang impulsive buying. Buku tak apa, kan........... )

Saya DM beliau di Instagram, bertanyakan tentang eBook tersebut.

Dr. Nur Hanisah jawab! Tetapi malang sekali, buku tersebut tak dijual lagi..

Sehingga hari ni masih tak dapat.

Saya faham sangat, bukan senang nak terbitkan buku. Nampak mustahil. Tak bermakna kita tak boleh cuba. Cuma.. Apa yang membuatkan sukar saya untuk "tinggalkan angan-angan mustahil" tu sebab dah terbiasa dari kecil saya dah didodoi untuk buat apa jua perkara baik yang kita nak, dengan bersungguh-sungguh.

Bila dah makin dewasa, tujuan saya untuk buat hanyalah satu ; dapat syurga.

Apa saja saya dapat tahu ada perkara yang boleh membawa kita ke syurga, buat aje lah. Sekecil-kecil makan guna tangan sebab sunnah. Semoga ada di antara ibadah-ibadah kecil yang kita buat, menjadi asbab kita dijemput ke syurga secepat mungkin kelak.

Saya sebagai pembaca, tak puas hati ni.

Banyak kali dah lalu lintas di screen phone saya gambar eBook tersebut.

Saya mengikuti Dr. Nur Hanisah dan Dr. Amalina Nudin sebagai persediaan menempuh tugasan sebagai House Officer nanti.

Setiap kali mereka tunjukkan buku-buku penulisan mereka, dan ada eBook tu, ish! Geram.

Geram yang positif.

Alah, saya boleh jangka rahsia mereka berdua.

Nak tambah pengisian eBook tu, kan? Cepatlah.. Dah habis gali Google ni.

  • Share:

You Might Also Like

4 Comment

  1. Hehe banyak tulis di jurnal kalau yang terperinci.
    Saya blog sejak Friendster ada, tak ingat bila. Lepas tu sambung pada blogspot.
    Masa sekolah saya lebih tulis kepada stair dan sajak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cemburu bila tahu ada orang pandai tulis sajak.. Masa sekolah dulu tak teroka sangat penulisan Bahasa Melayu.

      Delete
  2. I've always had that dream to write a book. my own book. tapi adakah mungkin impian tu boleh dicapai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. It's not easy but it's doable! You made me want to compile my findings, insyaaAllah will do!

      Delete