Ads Casino di Blog Muslim

By Athirah | Coral Tulip - Tuesday, April 21, 2020


Iklan, atau "ads" (merujuk kepada advertisements) adalah salah satu cara kita menjadikan blog sebagai mata pencarian wang. Saya tak berapa pasti tentang procedure, atau how it works technically sebab saya belum berkesempatan menceburi kaedah ni. Tapi ada juga terbaca, cuma.. Entahlah, blog cipisan je. Suka-suka menulis untuk latih berfikir, jadi belum lagi masanya.

Seorang sahabat Blogger saya menjemput untuk memberi pandangan tentang Ads yang turut mengiklankan perjudian. Berdasarkan pemahaman saya, kita ambil contoh iklan di TV :

Kita tonton channel TVMAX (rekaan semata-semata), dan selingan di antara drama yang kita tengok, ada tayangan iklan susu Dutchman selama 15 saat. Saya sebagai syarikat TVMAX menerima bayaran daripada syarikat Dutchman sebanyak RM20.00 untuk setiap kali iklan saya ditonton seramai 100 penonton.

Begitu juga Ads di blog. Kita sebagai pemilik blog (syarikat TVMAX) menerima bayaran daripada syarikat yang kita ikat contract untuk siarkan iklan dia (susu Dutchman). Dalam periklanan di alam maya pula, kebiasaannya dah ada syarikat pengiklanan besar, kita setuju dengan perjanjian syarikat pengiklanan tersebut, dan jenis iklan untuk disiarkan adalah bebas pilihan syarikat pengiklanan tadi. Ada beberapa garis panduan seperti bahan dewasa, dan sebagainya.

-- tetapi, perjudian tak termasuk dalam perkara yang "terlarang" dalam contract syarikat tersebut, macam mana?

Bermakna, syarikat pengiklanan tersebut bebas untuk menyiarkan iklan perjudian pada blog kita.

Ini adalah pendapat peribadi saya, berdasarkan pemahaman saya tentang Ads dan promosi perkara haram. 

1. Akad penjualan ruang Ads

Bagi saya, menyediakan platform Ads dengan menerima bayaran adalah penjualan. Telah berlaku 'akad bahawa kita setuju untuk meletakkan iklan-iklan seperti yang syarikat pengiklanan tawarkan, dan kita akan menerima bayaran. Telah berlaku sesi jual beli antara kita sebagai penjual dan syarikat iklan sebagai pembeli.

-- Kita menjual ruang iklan.

2. Perjanjian jenis iklan yang dipersetujui

Saya pasti kita dah baca "Terms and Condition" sebelum kita click "Agree", kan? Kebiasaannya kita hanya diberi pilihan bahan terlarang dari segi undang-undang civil sahaja. Terang-teranglah kalau syarikat pengiklanan milik Muslim, bahan terlarang dari segi undang-undang Syariah adalah bahan terlarang dari segi undang-undang civil kan!

Benda ni macam posisi penjaga cashier Muslim di 7E yang menjual arak.

7E bukan kedai dia ;
Arak bukan milik dia ;
Tak minum arak ;
Tak ada dalam contract pun sama ada dia setuju atau tak setuju untuk key in arak tu kat cashier.

Senanglah kita cakap,
"Janganlah jual,"
"Berhenti je kerja situ,"
Hakikatnya, tak semudah itu. InsyaaAllah, Dia yang Maha Berkuasa dan Maha Kuat untuk beri kita kekuatan.

3. Dalil keharaman judi

a) Al-Quran

Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya…” (Surah Al Baqarah, 219)

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (Surah Al-Maidah, 90)

b) Hadis

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr R.Anhuma, Nabi SAW bersabda: Maksudnya: “Sesungguhnya Allah telah mengharamkan keatasku, atau diharamkan arak, judi, al-kubah (sejenis permainan yang menggunakan papan, buah dan dadu, juga dikenali sebagai tabal atau nard).”
Riwayat Abu Daud (3696), Al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra (21519), Ahmad (2476) dan Ibn Hibban (5365)

4. Mengiklankan perkara haram

Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: “Barangsiapa yang berkata pada temannya: Marilah kita berjudi/bertaruh! Maka hendaklah dia bersedekah.
 Riwayat al-Bukhari (4860) dan Muslim (1647)

Imam Nawawi berkata: Ulama menyebut bahawa perintah bersedekah adalah sebagai penghapus kesalahannya pada perkataannya dalam maksiat ini. Al-Khattabi berkata, maksudnya bersedekahlah dengan kadar ajakan untuk berjudi/bertaruh tersebut. Imam Nawawi kemudian berkata: Yang benar di sisi ahli muhaqqiq – dan ia adalah zahir hadis – bahawa tidaklah dikhususkan dengan kadar tersebut, bahkan bersedekahlah dengan apa yang dia mampu. (Lihat al-Minhaj fi Syarh Sahih Muslim ibn al-Hajjaj, 11/107)

Kesimpulan

Bila terdetik dalam diri saya, "eh boleh ke benda aku buat ni?" saya cepat-cepat berhenti. Bagi saya, terdetik dalam hati adalah cara Allah tegur saya. Mula ada rasa ragu-ragu, baik berhenti sekejap dulu. Baru fikir. Selagi mampu lah.. Faham, bila dah buat akad dengan manusia, tak semudah itu - tapi kita usaha.

Sementara berhenti, baru cepat-cepat usaha cari dalil yang sokong benda tu salah! Haha. Berat, tapi, kena jugak. Ni benda saya suka ingatkan diri saya. Sebab kita sebagai manusia berakal, memang mudah nak justify sesuatu yang kita tak nak berhenti. Mulalah cari pun, jumpa ke arah tu je.

Contoh, kalau terdetik, "eh kedai makan Korea ni ada halal ke?" -

Saya terus Google, "Kedai XX haram". Cari je terus haram! Gali sehabis mungkin bacaan yang ada dalil ayat al Quran, hadis, atau kata-kata Mufti sahaja. Pendapat orang macam-macam ada je nak justify nanti.

Sebab itu, saya tulis sebagaimana saya nak baca. Dalil, dalil, dalil.

Semoga bermanfaat.

Rujukan :
1. https://muftiwp.gov.my/en/artikel/bayan-linnas/3619-bayan-linnas-siri-ke-207-bahaya-judi
2. http://www.muftins.gov.my/v1/category/pertanyaan-hukum/umum/page/4/

  • Share:

You Might Also Like

11 Comment

  1. Betul juga. Kena fikir adakah kita terpaksa mengiklankan benda yang tak sepatutnya?

    ReplyDelete
  2. Perkongsian yang amat bagus berguna untuk ramai lagi yang tertanya-tanya tentang perkara ni

    ReplyDelete
  3. Syukran for sharing..selalunya boleh tapis iklan utk blog tapi kalau tak boleh, tindakan yg sepatutnya ialah uninstall the website..drp bersubahat dgn benda yg haram..

    ReplyDelete
    Replies
    1. You're welcome. Yang baik daripada Dia. Alhamdulillah semoga kita terlindung dari perkara haram. :)

      Delete
  4. xterfikir pula pasal ni....kebetulan rietta mmg xletak ads...thanks for the share...and thanks for dropping by....salam perkenalan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan. Samalah, saya pun tak letak lagi.. Ada juga terfikir.

      Delete
  5. thank you for sharing this. good evening read i can say. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. You're welcome. Thanks for such a supportive words. Truly appreciate it. :)

      Delete
    2. hehe you're welcome. i'm always amazed but other bloggers content. ^^

      Delete