Apa itu Diet Suku Suku Separuh?

By Athirah | Coral Tulip - Tuesday, December 03, 2019

Siapa yang pernah pergi klinik atau hospital, mesti pernah dengar  tentang "suku-suku separuh" kan? Suku-suku separuh merupakan usaha kerajaan untuk menggalakkan rakyat Malaysia makan secara sihat mengikut portion seimbang berdasarkan menu di Malaysia. Berbeza ikut negara lain sebab masakan kita kan lain..

Tapi suku-suku tu apa? Suku pinggan besar mana? Tak kan suku-suku separuh sepupu saya yang berusia 6 tahun dengan ayah saya yang 60 tahun sama, kan?

Kita guna cara mudah ; guna tapak tangan sendiri. Kalau tak ada tapak tangan pinjam la tangan kawan sebelah haha. Pecahan dia macam ni :

Suku : Protein - Ikan, ayam, kekacang
Suku : Carbohydrates - Nasi, roti, kentang, sayur yang tinggi carbohydrate
Separuh : Tumbuh-tumbuhan seperti sayur, buah

Guna tapak tangan sendiri. Separuh adalah size tapak tangan (menjadikan separuh pinggan), suku adalah size separuh tapak tangan atau ada boleh juga guna sepenumbuk (menjadikan suku pinggan) = 1 pinggan adalah size kedua-dua tapak tangan sahaja.

Ummi saya seorang yang maniac dalam penjagaan kesihatan. Memang dari kecil snack kami adalah yoghurt, oat, hari-hari. Ummi tak pernah beli junk foods. Tak pernah langsung. Dengan Ayah je dulu-dulu kalau nak merayu, dapat la sesekali.. Haha sekarang dah boleh beli sendiri pun kadang-kadang je. Bila datang rasa teringinnn makan Choco Top McD tu! Wajib beli.

Sementara menunggu panggilan kerja, Ummi suruh saya sediakan bento / bekal makan untuk ayah makan tengahari. Ummi pula akan pulang makan tengahari di rumah, jadi kami sama-sama experiment menu sihat yang tak pernah cuba. Lebih kurang je dengan selama ni.. Tak rajin masak, suka masak simple-simple je, asalkan cukup dan seimbang nutrisi. Jadi saya ingat nak simpan di blog untuk rujukan masa depan.

Siapa yang betul-betul berminat dan mahu belajar, baca ni Panduan Penyajian Hidangan Sihat Semasa Mesyuarat terbitan Kementerian Kesihatan Malaysia. Mari kita budayakan amalan membaca bahan dari sumber sahih..

  • Share:

You Might Also Like

9 Comment

  1. Bagusnya. Dari kecil lagi dah didedahkan dengan gaya pemakanan yang sihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari kecil tu rezeki, ni dah besar kena didik diri sendiri juga. Baru senang nak ajar anak kan.. 😄

      Delete
  2. bagus ni.. sy tgh amalkan skrg.. skali buat Intermittent fasting

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah.. Semoga berjaya! Nanti share la menu, mana tahu orang lain boleh juga cuba. :)

      Delete
  3. 1st time datang sini.. done follow blog.. salam ukhwah dr sis hawa dot com =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi singgah. InsyaaAllah kita bertukar-tukar pandangan ya.

      Delete
  4. mmg kita kena makan secara sihat kalau nak sihat kan

    salam kenal dari www.iamfuzy.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan juga daripada saya. Terima kasih sudi baca blog. :)

      Delete
  5. Cara makan macam ni sangat kenyang sebenarnya. Ambil setakat keperluan badan kita. Saya dah 2 tahun amalkan suku suku separuh. Alhamdulillah...

    ReplyDelete