![]() |
Selain minat untuk bersosial, ya, saya extrovert orangnya, tapi tujuan utama saya nak libatkan diri sebagai “masjid tour guide” ni sebab saya nak gunakan kebolehan saya bertutur dengan fasih dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Jepun. Hampir 80% pelancong yang hadir ke masjid tersebut adalah dari Jepun.
Kisah ni berlaku minggu lepas. Saya terlihat dua pasangan pelancong Jepun, berumur sekitar 80 tahun - duduk di ruang menunggu. Suaminya memakai kaca mata dan bertongkat seperti yang digunakan oleh OKU penglihatan.
Macam biasa, saya bertanya sama ada mereka telah selesai melawat masjid atau belum. Senang untuk saya bantu tindakan selanjutnya, memakaikan jubah dan tudung yang disediakan, atau beri penerangan ringkas sementara menunggu giliran mereka untuk melawat masjid.
“Tak, kami hanya menunggu rakan-rakan kami yang lain. Kami tak ikut melawat kerana suami saya tak boleh melihat. Saya temankan sahaja di sini,”.
Oh, rupanya pasangan ini salah seorang peserta kumpulan pelancong yang sedang melawat.
“Dah berapa lama kumpulan Puan naik?”, saya bertanya sebab saya nak estimate ada lagi berapa lama masa jika saya ingin bawa pasangan ni melawat masjid.
“Dalam 15 minit,”. Jawab isterinya dengan senyuman. Suaminya juga turut tersenyum ceria.
“Ok, Puan, Encik, saya boleh bawa naik sekejap untuk melawat masjid. Tak lama, kita naik sikit tangga ni, tengok dome masjid, dan masuk ke ruang solat. Jalan pun tak banyak sangat. Dalam 10 minit sahaja. Encik pun jom naik sekali, tak nampak pun tak apa, kita jalan-jalan tengok.”.
Saya nak sangat bawa pasangan ni masuk ke ruang masjid. Saya percaya, ketenangan yang setiap pelancon rasa tatkala berada di dalam masjid, terutama sekali ruang solat, adalah dari Allah. Ruang yang penuh dengan malaikat. Ruang yang dibaca al-Quran. Ruang kita semua orang Islam menunaikan solat berjemaah.
Mendengarkan itu, suami yang lebih banyak berdiam tadi terus bersuara,
“Awak pergi! Ni mungkin kali terakhir kita travel bersama. Jangan kesiankan saya, tak perlu teman saya. Saya tak nak awak rugi.”
“Betul awak tak apa?”, banyak kali si isteri nak kepastian.
“Betul, jangan risau. Ni peluang awak. Guide nak bawa sikit ke atas dah, awak pergilah saya tunggu kat sini,”.
Isterinya setuju. Dia nampak gembira sangat. Cepat-cepat ikut saya untuk pakaikan jubah dan tudung. Saya pun bawa beliau tanpa suami, mengikut laluan pelancong seperti biasa, ke tempak wuduk dan terangkan wuduk, dan naik ke bahagian atas melihat dome. Saya kurangkan penjelasan yang terperinci. Biar dia lihat saja keindahan seni reka bina masjid.
Saya suka perhatikan dahulu, apa cara penjelesan yang terbaik untuk setiap pelancong. Kalau dalam masa yang cepat, tunjukkan benda basic. Ada menara untuk azan, seni khat, ruang solat, macam mana kita beratur untuk solat berjemaah. Dari segi reka bina di dalam, tunjukkan mihrab – sekaligus, boleh jelaskan tentang kiblat dan kenapa kita solat menghadap sana. Seterusnya, mimbar.
Secara peribadi, saya suka pelancong yang tua. Sebab saya terbiasa terangkan dalam Bahasa Jepun, kalau pelancong tua warganegara Jepun, memang saya seronok sangat! Rasa macam jalan-jalan dengan nenek sendiri.
Dia tak banyak bercakap. Sekadar melihat, tenung lama-lama. Tak tangkap gambar. Hanyak focus dan capture dalam penglihatan mata sendiri barangkali. Saya pun tak nak kacau. Saya tunggu. Dia pun ajak saya turun.
“Bukan apa, saya takut nanti menyusahkan kumpulan saya. Saya tak nak nanti kami pasangan tua buat pergerakan terbantut, ahli kumpulan yang lain tertunggu-tunggu kami.”. Allah.. Memikirkan orang lain sampai macam tu sekali. Siapa yang tak sayangkan warga emas macam Puan ni? Bisik saya dalam hati.
Kami pun turun ke bawah.. Nampak kegembiraan kedua-dua pasangan tu. Berkali-kali ucapkan terima kasih. Gaya orang Jepun tu lah, tunduk-tunduk. Haha.
Dakwah tak bermakna pada masa sekarang, dia syahadah di depan mata kita. Dakwah ni ada peringkat. Segala kebaikan yang kita tunjuk atas ajaran Islam, adalah dakwah. Ajak orang lain dekat kepada Islam, dengan tunjukkan sikap yang baik, layan dengan baik – mereka dah one step dekat kepada Islam. Kita ni pengantara sahaja, Hidayah milik Allah. Allah yang pilih siapa dia nak bagi, dalam bentuk apa. Tugas kita buat je.
Ada satu benda yang saya menyesal tak buat hari tu.. Saya tak ambil gambar beliau. Gambar pada post ni pasangan yang lain, sekadar hiasan. Kalau boleh, saya nak tangkap gambar beliau di depan kubah atau dalam ruang solat utama, cetak, dan hantarkan ke kediaman beliau di Jepun nanti. Tak apalah, tak ada rezeki..
23 Comment
so touched . Bestnya dapat jadi tour guide , bawak pelancong kenal agama kita . Banyak pahala boleh dapat dari situ . Ayat husband tu buat saya tersentak juga . Semoga Atok nenek tu dipanjangkan umur .
ReplyDeleteBerdrama depan saya pula.. Lagi sedih dengar. InsyaaAllah ni peluang saya, peluang Suhana Allah bagi kat tempat lain pula. :)
DeleteThanks for sharing. Seronokknya baca kisah Rara.. Stay sweet and take care ya
ReplyDeleteThank you.. InsyaaAllah boleh kongsi lagi. Macam-macam ragam & cerita boleh jumpa.. 😊
Deletebestnyaaa
ReplyDeletetahniah Rara... bagusnya rara. tak ramai mcm rara muda-muda nak berbakti pada agama.. goob job
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Selagi ada peluang. 😊
DeleteBagusnya rara..Kagum tau pandai banyak bahasa. Alahai rasa sedih pula dialog suami isteri tu. Seronok ada pengalaman macam Rara. orang jepun pun mostly sangat sopan santun
ReplyDeleteDari gaya pakaian, gerak geri, dari jauh nampak pun boleh agak pelancong asal negara mana 😅😄
DeleteTak sangka Rara boleh bertutur dalam bahasa Jepun.
ReplyDeletePerlukan terjemahan bagitahu ya! 😆
Deletehai..salam perkenalan :)
ReplyDeleteSalam perkenalan juga dari saya. Terima kasih sudi singgah. :)
DeleteDulu masa travel beberapa hari pun rasa dah jatuh cinta dengan Jepun. Dengan kesopanan, yang elder pun banyak senyum. Rasa semangat dan positif.
ReplyDeleteSemoga obaasan dan ojiisan tu dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik supaya berpeluang untuk travel bersama-sama lagi 🌸
ReplyDeleteInsyaaAllah, semangat mereka mencari "sesuatu" walaupun dah berusia.
Deleteassalamualaikum..salam perkenalan from Sabah^^..
ReplyDeletesalam perkenalan sahabat , semoga baik2 belaka , saya new bie di alam blogger ni , done follow , follow me back ya.....=) https://bondayana393.blogspot.com/
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Terima kasih sudi baca blog saya. :)
DeleteTerharu baca. Orang Jepun memang akan sangat concern untuk menjaga perasaan orang sekeliling berbanding diri sendiri.
ReplyDeleterara san ogenki desu ka?
ReplyDeletegudjob
. kipidap
.
MasyaAllah..gunakan kebolehan yg ada utk berdakwah..dakwah bil lisan.. semoga mnjadi asbab turunnya hidayah Allah..
ReplyDeleteInsyaaAllah, kita semua ada kelebihan masing-masing. Tunjuk contoh yang baik pun antara dakwah yang paling berkesan. :)
Delete