Dah lama tak menulis dalam Bahasa Melayu.
Selalu dengar orang cakap "sabar aku pun ada batas!", dan yang seumpamanya.
Jadi saya terfikir, betulkah sabar ada batas? Kalau ada, apa batas sabar?
Sabar ; akhlak mulia.
Kebiasaanyaa bila seseorang dah terlalu lama bersabar dan akhir sekali, bertindak berlawanan daripada sabar - marah, balas dendam, dan sebagainya. Bila kita membuat keputusan untuk tidak lagi mahu bersabar, kita lebih cenderung untuk berakhlak yang tidak baik, yakni tewas kepada hawa nafsu atau hasutan syaitan.
Walaubagaimanapun, bukanlah kita perlu terus menerus membiarkan orang menganiaya kita dengan alasan sabar itu sikap yang baik.
Bergantung kepada keadaan.
Kalau kita dah bagi banyak peluang untuk seseorang tu mengatasi masalah dia, mungkin sudah masa untuk kita tukar cara teguran. Jika terdahulu kita menegur dengan tegas, tukar kepada lemah lembut, dan sebaliknya.
Tu kalau sabar sesama manusia. Macam mana pula kalau ia berkaitan urusan rasmi?
Sebelum bertindak berlawanan dengan sabar, fikir secara rasional. Sabar bukan bermakna sekadar diam dan merelakan saja dilakukan salah. Mungkin kita boleh tegur secara lisan, sama ada dengan lemut atau tegas, dan beri peluang kepada mereka untuk mengatasi masalah.
Kalau berulang lagi dan mereka kelihatan enggan memperbaiki masalah mereka, mungkin boleh pertimbangkan untuk membuat teguran kepada pihak atasan, dengan penuh berhemah.
Sebolehnya jangan sebab tindakan kita, pegawai tersebut diambil tindakan tata tertib. Mungkin dengan sekadar memaklumkan masalah, tanpa perlu menyebut secara terperinci nama pegawai yang terlibat.
Jika tiada apa lagi yang boleh dilakukan, bersabarlah. Insya Allah, sentiasa ada malaikat yang mencatit tindakan kita untuk bersabar walaupun dianiaya.
Kesimpulan
Bagi pendapat saya, boleh untuk kita hilang sabar, dengan syarat kita akan masih berakhlak baik dan bukan bertujuan untuk membalas dendam atau apa-apa tujuan buruk, sebaliknya untuk menambahbaik seseorang atau syarikat yang terlibat.
Selain itu, jika diberi pilihan, bagi saya, sabar tiada batasnya. Teruslah bersabar. Siapa kita untuk bermegah dan tidak mahu bersabar? Nabi yang bebas dari dosa pun bersabar walau dihina dalam pelbagai rupa. Ya, baginda nabi, kita manusia biasa.
Kalau kita sendiri dah letakkan tahap kesabaran kita, kita sendiri dah awal-awal bersaksi bahawa peribadi aku tak mulia, hanya Rasulullah boleh bersikap sedemikian, macam tu lah kita jadi.
Boleh atau tidak, tu kuasa Allah. Yang penting, kita manusia, sebolehnya cuba motivasi diri sendiri dengan kata-kata positif dan yakin kita juga mampu mencontohi peribadi mulia Rasulullah. Walaupun tidak sempurna, walau sedikit pun, jadilah.
Larangan
Berkongsi di media sosial ; nama, gambar, alamat rumah dan sebagainya. Tindakan ini amatlah tidak matang di samping anda membuka aib orang tu dan juga aib anda sendiri. Malu. Ni bukan masalah kurangnya pendidikan, tetapi sikap ego yang terpengaruh dengan sifat amarah, sehingga lupa ada jalan lebih baik untuk menyelesaikan masalah tersebut seperti merujuk kepada syarikat itu sendiri atau pihak berkuasa.
0 Comment