iPhone 5s gajet impian setiap blogger
By Rara - Sunday, August 24, 2014
*Updated 16 September 2014*
Penaja Utama
Penaja Individu
12. http://anarm.net
16. http://awn.my
Umum maklum bahawa denaihati merupakan blog versatil yang sarat dengan segala aspek kehidupan. Berita terkini seperti politik, fiqh rumah tangga, sejarah Islam, isu kemanusiaan seperti di Gaza, malah denaihati turut menganjurkan cabaran-cabaran seperti Cabaran Duit Raya, dan yang terkini, sebuah contest yang bertajuk “iPhone 5s gajet impian setiap blogger”, yang bertujuan untuk memberi tepat dengan slogannya yang berbunyi "Hidupkan Untuk Memberi".
Apa yang penting adalah usaha. Seperti firman Allah swt,
"Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata,"Mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau diazab ALLAH dengan azab yang sangat keras?" Mereka menjawab, "Agar kami mempunyai alasan (lepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu, dan agar mereka bertakwa." [Al-A'raf, 7:164]Kisah ayat ni sebenarnya mengisahkan usaha. Diringkaskan, Allah tanya A, kenapa kau nasihat si B yang jahat tu? Si A pula jawab supaya nanti aku boleh jawab kepada Allah yang aku dah usaha menasihati. Sedangkan ayat tersebut pun menerangkan kepentingan usaha melebihi hasil yang mungkin kita perolehi atau sebaliknya. Apatah lagi dalam kehidupan seharian kita sebagai manusia.
Berbalik kepada contest. Selain daripada kehebatan yang dimiliki iPhone 5s, antara sebab saya ingin menyertai contest ini adalah supaya saya dapat mengenali blogger-blogger yang lain serta mengeratkan lagi hubungan sesama blogger melalui persaingan yang sihat seperti ini.
Saya juga yakin sekiranya saya berjaya memenangi iPhone 5s ini, saya akan dapat menyebarkan lagi keistimewaan ajaran Islam sekaligus mampu berdakwah dengan lebih tangkas melalui penulisan saya berikutan keupayaan iPhone 5s yang tercanggih di pasaran.
1. iPhone 5s mempunyai aplikasi lengkap bagi seorang blogger.
Aplikasi Blogger yang boleh dimuat turun amat efisyen dan ini membolehkan saya mencatat idea bagi p
2. Tahap sekuriti yang tinggi.
![]() |
Sumber : www.cultofmac.com |
3. Mempunyai kemudahan “iCloud” yang boleh disambung tanpa wayar sesama gajet-gajet Apple yang lain.
![]() |
Sumber : www.apple.com |
4. Teknologi kamera yang canggih.
![]() |
Sumber : www.geek.com, jelas menunjukkan iPhone 5s menghasilkan gambar yang lebih cerah dan jelas. |
Kesimpulannya, saya amat bersyukur diberi peluang ini dan akan mengikuti perkembangan cabaran-cabaran seterusnya supaya kemenangan berpihak kepada saya. Terima kasih denaihati!
Terima kasih diucapkan kepada penaja-penaja Blogger yang cukup hebat kerana sudi bekerjasama bagi menjayakan contest ini. Semoga semua usaha yang kita lakukan dapat memberi manfaat kepada kita semua. Tidak dilupakan juga arwah Syuhada Baharudin di http://syuhadabaharudin.com semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Sebelum saya akhiri, terimalah satu sajak daripada buku KOMSAS SPM. Hahaha. Berasal daripada keluarga yang suka simpan buku, dari tadika pun insya Allah ada. Sesekali belek-belek, baca, cari conteng-conteng. Hihi
Bangkitlah
Anak-anak yang sedang lena
bangkitlah
matahari sudah tinggi
di puncak gunung.
Lihat jernihnya pagi ini
burung-burung berterbangan di udara
dan pepohon hijau merendang daunnya
apa kau masih belum bangkit?
Bangkitlah
jangan sesal nanti
madu bumi yang kekeringan
isi laut kekosongan
dan perut belantara menjadi ladang.
Anak-anak
esok apa yang akan kaumakan?
tanah atau batu atau debu?
kau terus nangis
tanpa air mata?
Kalau tidak
bangkitlah
matahari belum lagi rembang
dan burung-burung belum lagi menjamah awan!
REJAB F.I.
Antologi Dirgahayu Bahasaku
Dewan Bahasa dan Pustaka
Sekian, terima kasih.
By the way.. I guess this would be my first entry in Bahasa Melayu this year! Kinda awkward but I think I should make my writing bilingual, or even trilingual (?), why not right!?
You can refer to http://denaihati.com/tiga-iphone-5s-untuk-dimiliki/ for more details. According to the organizer, this is the first phase of the competition, looking back at previous contests, I believe there will be upcoming challenges for us to do as well!
The steps are super easy :
1. Write an entry of more than 300 words.
2. Include backlink to www.denaihati.com
3. Before 11.59 PM, today! Haha
4. Put DenaiHati banner on blog
5. Leave entry on DenaiHati's FB page.
That's all for now. Good night. xoxo
3 Comment
billion terima kasih sudi sertai cabaran iPhone 5s gajet impian setiap blogger dan semuga sukses ke tugasan seterusnya
ReplyDeleteSalam kemerdekaan kali ke-57. Semoga terpilih ke cabaran seterusnya. Insya Allah... Moga ada rezeki untuk anda untuk impian miliki gadget canggih iPhone 5S. Ada masa baca entri yang saya pula.
ReplyDeleteSekian, terima kasih.
Assalamualaikum...artikel sangat menarik ni. Semoga dapat ke cabaran seterusnya.
ReplyDelete