Ujian Minat Kerjaya

By Rara - Saturday, March 31, 2012

Sooooo true ! :D You can do your own here.

INVESTIGATIF : Analitikal, rasional dan saintifik

Anda merupakan seorang individu yang analitikal, berdikari dan suka terlibat dengan aktiviti penyelidikan. Anda menganggap diri sendiri sebagai seorang yang rasional, mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi dan gemar terlibat dalam kajian-kajian berbentuk saintifik. Kebiasaannya, anda lebih selesa bekerja secara sendirian daripada berkumpulan. Anda suka membaca buku-buku bercorak saintifik dan teknikal. Anda mempunyai tahap ingin tahu yang tinggi dan suka berfikir untuk mencari fakta kepada sesuatu jawapan. Walau bagaimanapun, anda agak kurang berminat untuk melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti berbentuk sosial.


SOSIAL : Bekomunikasi, mesra, orientasi manusia

Anda merupakan seorang individu yang suka berkomunikasi dengan orang lain daripada bekerja dengan objek, mesin ataupun data. Anda menghargai kepada aktiviti yang melibatkan perhubungan komunikasi sesama manusia, perkhidmatan menolong dan kebajikan masyarakat. Anda seorang yang mudah mesra dan mempunyai jiwa yang penyayang, lemah lembut, baik hati dan sensitif dengan keperluan seseorang. Anda suka bekerja dalam situasi yang mempromosi pembelajaran, pembangunan kendiri dan berorientasikan manusia. Kebiasaannya, anda mempunyai kemahiran komunikasi dan sosial yang tinggi untuk membantu orang yang memerlukan. Anda kurang berminat untuk melakukan kerja yang melibatkan struktur kerja yang rutin atau yang melibatkan pemikiran saintifik dan penggunaan mesin.


ENTERPRISING (KEUSAHAWANAN) : Dayasaing, keyakinan diri, pengaruhi orang lain

Anda merupakan seorang individu yang mempunyai tahap dayasaing dan cita-cita yang tinggi. Anda suka melakukan sesuatu tugas atau kerja yang mendatangkan keuntungan dari segi diri sendiri atau ekonomi. Anda lebih suka bekerja dengan idea daripada bekerja dengan benda. Kebiasaannya, anda mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi serta keupayaan komunikasi yang baik untuk mempengaruhi orang lain. Anda sering memberi keutamaan kepada prestij, keuntungan, status diri atau kecemerlangan organisasi. Anda suka untuk memulakan sesuatu projek yang kebiasaannya mempunyai kaitan dengan bidang perniagaan. Anda seorang yang berorientasikan hasil dan suka untuk memimpin orang lain. Anda tidak mudah berputus asa dan akan mencuba sesuatu kerja itu dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya.

  • Share:

You Might Also Like

0 Comment