Saya ada seorang kawan.. Tak sampai hati rasanya nak tulis direct. Hari ni saya post dalam Bahasa Melayu sahaja, ok? Bila diringkaskan & diumpamakan cerita sebenar..
Saya & seorang rakan menyertai lumba lari. Dia cedera. Saya pun berjanji dengan dia bahawa saya akan berlari bersama dia sehingga ke garis penamat.. Saya pun lari perlahan-lahan mengikuti rentak dia.. Walaubagaimanapun kami sentiasa mendahului rakan-rakan yang lain. Tiba-tiba saya rasa pening, macam nak pitam. Sebab panas sangat, kan.. Jadi saya pun berlari cepat sikit ke hadapan, supaya dapat berehat sebentar sementara dia mengejar semula kedudukan saya. Saya beritahu dia, "bila kau dah sampai tempat aku, kau kejut aku tau,". Dia jawab ok..
Entah berapa jam kemudian, saya terjaga. Betul, sebab dia kejut. Rupa-rupanya dia telahpun menamatkan larian. Dia patah balik semula untuk kejut & memaklumkan kepada saya bahawa dia telahpun menamatkan larian & telah mendapat tempat pertama..
Semua rakan-rakannya menyorak akan kemenangan dia. Semua kata, "eh kau kan sakit kaki, tak sangka pula kau yang menang di antara kita.. Kalahkan Athirah lagi,". Saya cuma tersenyum dan mengucapkan tahniah..
Tahniah. Tahniah kerana berjaya menamatkan larian & persahabatan kita.
3 Comment
ke dia takut nak gerakkan tira sebab kesian tengok tira letih ke? :D
ReplyDeletetakde nye la.. kalau sbnrnya tak letih? yela, ni dh diumpamakan 120% dh. :D
ReplyDeleteemm,no comment la.hehe :P sabo je la kalau cam tu
ReplyDelete