Saya tak sedih, saya cuma tak setuju.
Tiba-tiba rasa ingin memartabatkan Bahasa Melayu dalam penulisan blogku pada hari ini. Mengapa saya katakan esok, yakni hari Isnin adalah hari yang dipenuhi dugaan? Tak lain tak bukan, bagi seorang pelajar sekolah menengah, sudah tentu ianya ada kaitan dengan kegiatan di sekolah. Lebih tepat sekali, sesi pembelajaran di sekolah.
Saya masih
meragui kewujudan saya di SAMT Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam. Sejujurnya. Memang saya suka akan mata pelajaran - mata pelajaran muzakirot (alaa buku kecik tu), yang hanya dapat kita pelajari di sekolah-sekolah JAIS. Tetapi, saya masih tidak dapat menyesuaikan diri dengan cara pengajaran guru terutama ketika subjek-subjek tersebut (Tafsir/Hadith, Tauhid/Feqah, Al-Quran, BAA1, BAA2). Maaf, tetapi memang sampai sekarang, walaupun sudah 4 tahun berlalu, saya masih sukar menyesuaikan diri.
Terutama sekali ketika saya tidak dapat memperoleh markah yang diingini guru.
I'm sorry, I can't be perfect.
Bukannya saya seorang kanak-kanak. Saya tak perlukan denda untuk memberi kesedaran kepada saya untuk belajar ='( Bukannya saya tidak sedar. Cuma belum tiba masanya. Akan tiba masanya. Percayalah, saya suka buat kejutan kepada semua di sekeliling saya. Saya betul-betul tak faham. Jika ketika di sekolah rendah, memang saya akui, denda adalah satu cara yang berkesan untuk memberi pegajaran kepada pelajar yang malas. Agar dia berasa malu terhadap kawan-kawan yang lain, lalu cuba untuk belajar.
Tetapi, walaupun dari luaran saya adalah seorang kanak-kanak riang, tidak bermakna saya seorang kanak-kanak yang harus didenda terlebih dahulu, baru saya belajar. Tidak sama sekali!
Sebagai contoh, apa kata, sesiapa yang tak berjaya memperoleh markah cemerlang untuk mata pelajaran Biology, Additional Mathematics, Physics, Chemistry, hendaklah dilaksanakan denda ke atas murid tersebut. Baru adil, bukan? Setiap orang berbeza.
Setuju?
Terima kasih Ana, Dada, Syitah..
Share this on facebook?


0 Comment