.
Bomba datang tak berlumba-lumba..
Ketika kami sedang menonton Cerekarama yang bertajuk Jangan Benci Cinta, tiba-tiba Ummi terhidu bau hangit, asap, barangkali sesuatu sedang terbakar. Pada mulanya, saya nafi akan kata-kata Ummi kerana saya tidak dapat hidukan apa-apa yang aneh. Tetapi akhirnya saya, Haziq, Ummi dapat hidukan bau hangit yang Ummi katakan sebentar tadi. Ketika itu Haziq sedang melayari internet, jadi kami syaki bau tersebut berpunca daripada komputer. Maka, dengan huru-hara sekali, Haziq telah menghentikan pelayarannya, dan mematikan komputer.
Malang sekali, bau tersebut masih ada, malah tidak berkurang walau sedikit pun. Kami mematikan semua perkakas elektrik, kecuali lampu rumah. Tiba-tiba kami kedengaran siren bomba diikuti siren polis. Saya mengesyaki sesuatu yang tidak diingini telah berlaku ke atas jiran saya. Maka, ketika Haziq sedang memastikan tiada perkakas yang 'on' di tiingkat atas, saya pergi ke dapur untuk menjenguk belakang rumah. Saya terdengar salah seorang daripada jiran saya berkata,
"Rumah sebelah rumah India terbakarlah!,"
Alangkah terkejutnya saya ketika itu. Lantas, saya memberitahu perkara tersebut kepada Ummi dan kami memutuskan untuk pergi menjenguk ke arah asap hitam yang berkepul-kepul ditiup angin. Ternyata, saya dapat lihat sepasukan ahli bomba sedang berusaha memadamkan api dari kawasan luar rumah. Ada juga segelintir ahli bomba yang sedang "membuka paip" barangkali untuk mendapatkan punca air yang lain untuk membantu pemadaman api yang sedang marak.
Ketika kami sedang menuju ke rumah tersebut, dapat kami lihat dari belakang rumah tersebut. Ya, sedang terbakar. Dapat kulihat percikan bara api berterbangan di langit. (maksud saya, "flame". Akan saya cari maknanya dalam Bahasa Melayu). Bahagian ruang tamu tingkat dua sedang terbakar.
Kejadiannya begini, setelah mendengar beberapa khabar angin yang berbeza-beza, akhirnya saya temui jawapan sebenar. Kejadian berlaku ketika sekeluarga, Datuk, Nenek, dan cucu-cucu sedang menikmati makan malam. Si Datuk menghidupkan pendingin hawa terlebih dahulu supaya ketika cucunya naik atas, bilik tersebut dalam keadaan dingin.
Malang sekali, ketika mereka sedang menikmati makan malam, kedengaran bunyi letupan. Apabila mereka cuba mengintai ke tingkat atas, mereka sudah dapati kepulan asap hitam muncul dari bilik tersebut. Maka, mereka melarikan diri secepat mungkin dan hubungi pihak bomba.
Tiada kemalangan yang melibatkan manusia berlaku.. Bumbung rumah musnah, nanti siang tak perlu lampu, free. Ish, melawak pula. Begitulah.. Berhati-hati ya! Kalau boleh, elakkan membiar perkakas elektrik terhidup dalam jangka masa yang lama. Mesti elakkan.
Share this on facebook?
0 Comment