Debat Bahasa Inggeris peringkat KAMIL tahun 2010

By Rara - Tuesday, February 23, 2010

wah! gah sekali tajuk untuk post saya hari ini. Terima kasih, terima kasih. Kami dikhabarkan melalui angin bahawa undian bagi pemilihan antara rumah sukan sama ada memihak kepada kerajaan atau pembangkang akan diumumkan pada hari ini. Maka, pada waktu rehat, saya telah bertemu dengan guru bertugas dan amatlah mengejutkan apabila beliau berkata,

Saya dah tampal pada papan kenyataan kokurikulum! Kamu tak perasan ke? Semua orang dah sibuk-sibuk. Hish kamu ni.. *ketawa

Oh, jikalau benar, alangkah gembiranya hati saya! Maka dengan perasaan gembira, Ana dan saya telah menemui Aimaan seperti biasa, untuk membincangkan perihal pertandingan debat tersebut. Kami telah mengecewakan Aimaan kerana kami tidak menyiapkan teks bagi pihak pembangkang. Maafkan, kami!

Saya membuat keputusan untuk memastikan samada kami diundi bagi pihak kerajaan atau pembangkang sebelum pulang ke rumah kerana waktu rehat yang sudah suntuk. Tak sabar rasanya untuk mengetahui keputusan undian, kerana apabila kita mengetahuinya, barulah kita boleh memfokus terhadap suatu tajuk sahaja. Saya tidak berharap mendapat mana-mana pihak, kerana saya yakin saya dapat melakukan yang terbaik samada bagi pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang.

Sebaik tamat waktu matapelajran Al-Quran, iaitu waktu terakhir bagi sesi pembelaran kami, saya terus pergi ke papan kenyataan yang dikatakan oleh guru bertugas tersebut. Saya pergi berseorangan kerana entah bagaimana, saya telah terpisah dengan kawan-kawan saya ketika sedang menurun tangga. Mungkin saya terlalu teruja untuk mengetahui keputusan terbsebut lalu meninggalkan mereka. Apa-apa saja.

Alangkah terkejutnya saya apabila tidak mendapati pernyataan tersebut! Huhh?? Penat-penat aku jalan sampai sini, seorang diri pula
Dengan rasa hampa, kecewa dan sebagainya, saya berjalan menuju ke pondok di mana kami selalu meninggalkan beg ketika waktu solat. Nasib saya baik apabila bertemu dengan Hidayah di situ. Lalu saya bercerita tentang betapa bengangnya saya apabila tidak mendapati pernyataan tersebut! Penat je kita jalan jauh-jauh, takde !!

Dalam perjalanan Hidayah dan saya ke perpustakaan, saya bertemu dengan akak Tingkatan Lima, nak kata bertugas, tak lah sangat. Tapi saya acapkali juga terlihat dia menguruskan sesuatu berkaitan dengan KAMIL. Lalu saya bertanya akan pernyataan yang sepatutnya tertampal pada papan kenyataan tersebut. Dengan selamba beliau berkata,

"Ohhh! Adam belum tampal lagi,"

Belum tampal?? Adam?? Siapa ADAM? Semakin bertambah pula misteri. Tujuan hanya satu, keputusan undian. Tidak mengapa, kami pergi juga ke perpustakaan sementara menunggu rakan yang lain sebelum pulang.

Kami bertemu dengan Khalida, Nasyitah, dan Wani di perpustakaan. Lalu saya ceritakan lagi sekali kebengangan yang saya hadapi ketika itu. Ishhh! Adam nii. Dah tahu, cepat-cepatlah tampal. Adam siapa pun aku tak kenal, lalu kami tinggalkan perpustakaan tersebut dan pergi menemui Ana. Apabila saya ceritakan perkara tersebut sekali LAGI kepada Ana, dengan selamba Ana berkata,

"Eh! Tadi baru Adam bagi pengumuman untuk berjumpa dengan Naqib dan Naqibah,"

Maksudnya?? Adam masih di musolla! Mari kita serang beramai-ramai. Lantas kami berempat, Saya, Ana, Khalida, dan Nasyitah (ya, kami berempat ialah musuh ketika ini. Kami peserta debat Bahasa Inggeris bagi pasukan berbeza). Saya bersama Ana mengetuai serangan tersebut. Adam kelihatan sedikit kaget. Oh god. Why the heck are these hawt bitches coming to see me!? Adam! You tied our hearts beside yours and we would like to have them back. Ohh okay okay that would be the silliest dream ever. Stop it

Adam!! Kami agak kelihatan marah ketika itu. Lalu, "kami" berkata kepada Adam dengan nada yang agak tinggi

"Adam! Mana keputusan undian tu? Kan dah ada, kenapa kau tak tampal lagi?? Kami perlu pulang pada jam 3!,"

Ada kelihatan seolah-olah bertanggungjawab akan hal tersebut. Dapat kulihat daripada riwak wajahnya, lalu beliau berkata,

"Kalian terlibat dalam debat Bahasa Inggeris?,"

Ya!! Kami berempat terlibat dalam pertandingan tersebut!

Lantas dengan muka penuh semangat serta rasa bertanggungjawab, beliau bangun dan barangkali beliau berkata kepada dirinya sendiri, aku kena maklumkan kepada mereka! Aku bertanggungjawab!

"Kalian pergi ke kelas 5 Zuhud sekarang,"

Kami pergi ke kelas 5 Zuhud sepantas kilat. Ya, kami tidak sabar lagi mengetahui keputusan undian.

"Khaldun lawan Farabi.. Rusdh lawan Sina.."

Aku terlompat kegembiraan kerana kami berempat tidak perlu berlawan antara satu sama lain pada peringkat saringan! Ini juga bermakna bahawa, kami akan bertemu pada peringkat akhir! Lebih menggembirakan, kami semua mendapat undian bagi pihak pembangkang! Tak guna la kau Anaa, bagi Aimaan teks bagi pihak kerajaan, koyak je laaah.

Ok, jom bincang! Tak sabarnyaaa xD

  • Share:

You Might Also Like

0 Comment