Goal saya mula dari Ramadhan ni, untuk berkongsi tentang al-Fatihah sahaja. Bacaan yang kita ulang-ulang, yan wajib kita lafazkan setiap kali solat. Nak habiskan satu buku yang saya rasa sangat membantu. Nipis je. InsyaaAllah kita ulang-kaji sama-sama, ya.
Setengah ulama' ada juga membahagikan kandungan surah al-Fatihah seperti berikut :
Ni pembahagian kandungan surah al-Fatihah secara umum.
Setengah ulama' ada juga membahagikan kandungan surah al-Fatihah seperti berikut :
1. Menerangkan perkara yang berkaitan dengan tauhid kepada Allah iaitu mengesakan Tuhan Yang Satu.
2. Menerangkan janji-janji baik dan berita gembira buat orang-orang yang beriman.
3. Menerangkan janji-janji buruk serta peringatan bagi orang-orang yang kufur dan mereka yang melanggar perintah Allah.
4. Menerangkan konsep ibadah yang sebenar dan menerangkan jalan kebaikan serta kebahagiaan di dunia dan akhirat.
5. Menerangkan kisah orang-orang yang beriman dan mereka yang taat serta patuh kepada Allah dan menerangkan kejayaan mereka.
6. Menerangkan kisah orang-orang yang engkar (derhaka) terhadap Tuhan mereka dan menerangkan penyesalan mereka.
6 Comment
Tak bosan ulang-ulang baca al-Fatihah lebih-lebih lagi difahami setiap ayat.
ReplyDeleteIn the end, tu je yang kita nak dalam hidup kita kan. Tapi usaha tak setimpal.. :/
DeleteSyukran..bhg akidah ialah puji-pujian kehadrat Allah swt & Asma ul Husna..bhg ibadah & manhaj ialah kebergantungan makhluk kpd Al-Khaliq..
ReplyDeleteTerima kasih sudi tambah. :)
DeleteBetapa hebatnya alfatihah
ReplyDeleteSurah yang kita wajib baca dengan betul ketika solat. Kalau salah baca, solat pun tak sah. Thanks sharing. :D
ReplyDelete