Akibat Tamakkan Rezeki

By Athirah | Coral Tulip - Wednesday, April 15, 2020

"Mask Dijual Di Sini".
Eh, betul ke? Macam tak percaya bila sekali pandang. Sejak Januari lalu, langsung tak kelihatan mana-mana kedai menjual mask sekotak.

Ni kali kedua saya keluar rumah untuk membeli keperluan sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. Jalan lengang, lampu isyarat ada yang dibiarkan kuning, dan beberapa polis melakukan rondaan.

Dulu saya beli mask di farmasi yang sama, RM25.00 sekotak. Setiap mask dibungkus plastik lagi! 
Saya tak memakai mask kali ini kerana destinasi ke farmasi. Stok di rumah kami tinggal kurang 20 mask, terpaksa simpan untuk ke kawasan awam seperti membeli barang dapur. Lagipun kakitangan farmasi sentiasa memakai mask. Daripada membazir mask yang terhad, saya berjimat dulu. Tengok keadaan macam mana. Kalau ramai, pakai. InsyaaAllah, asalkan penjarakan sosial, kebersihan tangan, dan kawasan muka terjaga daripada sentuhan - terlindung.

Sampai saja di farmasi, terletak beberapa kotak masks menggunung. Memudahkan pelanggan tahu yang mask dijual agaknya. Tertulis juga besar-besar,
"RM 7.50 5 pcs, RM 75 50 pcs (sekotak)."
Ya, memang ternyata mask dijual sekotak di sini. Saya tanya pada kaki tangan farmasi untuk kepastian. Setelah saya dapatkan beberapa keperluan di farmasi tersebut, saya minta sekotak mask tersebut.

Di kaunter pembayaran, lebih mengejutkan!

Ada hand sanitizer Dettol! Subhanallah. Lamanya tak nampak kelibat dia di pasaran. Rasa macam jumpa kawan lama. Penat kau bertarung oleh orang-orang yang tamak. Harga? RM 6.60.

Ya Allah, murahkanlah rezeki pemilik farmasi yang jujur dan amanah ini. Doa saya dalam hati.

Saya pun tambah juga sebotol kecil hand sanitizer itu.

Farmasi tidak selengang saya sampai tadi. Kini, dikunjungi dalam 5 orang pelanggan. Masing-masing sibuk juga mengambil beberapa kotak mask dan sarung tangan.

Entah mengapa, saya mula rasa cemas melihatkan orang ramai membeli beberapa kotak.

Saya tanya pada kaki tangan farmasi di kaunter pembayaran,
"Boleh saya tambah sekotak lagi mask?"
"Eh, boleh je! Ambillah. Kami ada jual hand sanitizer sebotol besar juga kalau nak."
Memandangkan isi rumah kami 5 orang, dan 2 daripada 5 orang ahli keluarga saya masih perlu bertugas di luar setiap hari - saya membuat keputusan untuk beli 2 kotak.

Risau sebenarnya. Takut tak cukup untuk orang lain. Boleh saja saya ambil setamak mungkin, lalu saya jual semula dengan harga yang mahal. Sudah tentu ada orang beli, kerana terdesak. Berdosa rasanya ambil kesempatan orang terdesak, menjual barang keperluan dengan keuntungan terlampau besar.

Hand sanitizer pula, kerana dah lama tak beli. Memang sejak dulu saya amalkan guna hand sanitizer, jadi dah biasa bezakan bila perlu dan tak perlu. Sebotol kecil tu kadang-kadang setahun pun tak habis! Lagi-lagi kalau dalam PKP, rasanya tak perlu.

Sabun dan air lebih baik. Kenapa?

Pertama, kita dah biasa basuh tangan menggunakan sabun dan air. Kita lebih biasa untuk menggosok hingga buih, dan pastikan setiap ruang tangan disaluti sabun dan air. Kalau hand sanitizer, ramai yang baru pertama kali beli, jadi agak kekok untuk pastikan setiap ruang tangan bersih. Ada caranya. Masih segar di ingatan saya ketika bergelar pelajar berubatan (doktor), dengan keras pandangan Nurse atau Doktor ketika melihat saya bersihkan tangan guna hand sanitizer. Tegas sekali mereka memastikan saya guna hand sanitizer dengan betul. Tu pun, masih ada kekurangan.

Kedua, kerana kesihatan kulit tangan. Tak sanggup nak pakai hand sanitizer selalu. Ketika di hospital, saya kerap juga memakai lotion tangan. Jika kulit sensitif, boleh terlalu kering dan naik radang. Ada jenis hand sanitizer yang terlalu kuat mengeringkan tangan, ada yang kurang sikit, yang pasti - memang merosakkan tangan. Kalau perasan pun, di hospital ada sabung berbuih dan sinki. Hand sanitizer untuk memudahkan sebelum dan selepas kita bertemu dengan pesakit. Bayangkan, satu bilik wad ada 20 katil untuk kita attend, tak kan nak basuh tangan di sinki setiap kali jumpa pesakit? Setiap kali pegang pesakit? Setiap kali sentuh file pesakit? Setiap kali catat nota?

Ketika berada di rumah, saya jarang sekali guna hand sanitizer. Guna sabun sahaja.

"Kulit" coronavirus ni dibentuk oleh komponen lemak, jadi sabun cuci pinggan yang terbaik membersihkan lemak kambing tu - terbaik!

Ketiga, sebab sabun kan wangi.. Lembutkan tangan lagi. Oh well.

Sarung tangan? Tak perlulah. Rimas saya nak pakai sarung tangan. Sebelum pakai sarung tangan, fikirkan dulu apa kepentingan kita :

1. Melindungi diri sendiri
2. Melindungi orang lain
3. Melindungi diri sendiri dan orang lain

Kalau saya, kepentingan adalah yang ketiga : melindungi diri sendiri dan orang lain. Nak pentingkan diri pun tak guna, sebab kalau kita tak lindungi orang lain juga, orang lain tu masih ada kemungkinan untuk beri jangkitan kepada kita!

Lain kali saya kongsikan tentang sarung tangan, ya. Lepas saya dah kumpul maklumat sahih dari kajian yang ada.

Point di sini, jangan tamak.

Tak ada pelindung 100% berkesan di dunia ni. Memang tak ada. Jangan sekali-kali fikir dengan adanya sesuatu pelindung, kita kebal. Tak. Setakat ni, yang terbaik adalah jangan dedahkan diri - duduk di rumah. Kalau perlu keluar, jaga kawasan muka dari terdedah dengan apa-apa sentuhan sekalipun, walaupun udara. Kita jaga. Mask sedia ada pun tak tapis virus 100%, cuma kelebihannya adalah tangan kita tak sentuh muka secara terus.

Cukuplah fasa tamak sehingga licin habis semua barang keperluan seperti dulu. Tengoklah, ramai yang ambil kesempatan simpan stok banyak-banyak, jual. Ahli keluarga masuk wad, bawa balik sebotol hand sanitizer dan sekotak mask. Astaghfirullah.

Tamak sampai lupa Allah yang Maha Penjaga. Nyawa virus tu Allah yang hidupkan dan Allah juga yang mematikan. Dia saja yang menjamin perlindungan kita 100%. Selebihnya ikhtiar, berpada-pada dan ingat orang lain juga supaya semua orang dapat ikhtiar sebaik mungkin.

Mungkin kita takut rezeki kita habis, sebab tak percayakan rezeki.

Kita sangka semua depan mata kita adalah "rezeki hak kita" untuk kita ambil semua.

Rupanya ada bahagian rezeki orang lain, tapi Allah nak uji.

Sebab terlupa, kita terambil hak orang lain.

Rezeki yang bukan hak kita, kita ambil macam mana pun, kalau Allah kata tak, tak akan jadi milik kita pun. Tak sempat guna, basi, rosak, tak terjual.

Allah Kaya. Ada cukup untuk semua orang asalkan kita percaya.

  • Share:

You Might Also Like

18 Comment

  1. Sekarang mask dah kembali byk dijual..Alhamdulillah, kerajaan dah tetapkan harga utk mask..tapi masih ada jg yg tamak, jual mahal 😡

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga kita tak perlu sampai terdesak ke tahap tu ya. InsyaaAllah.. Kesian mereka. 😞

      Delete
  2. Ya jangan tamak sangat. Ambil untuk keperluan diri.

    ReplyDelete
  3. Assalam... mmg zaman PKP ni byk harga brg yg naik. Pas tu x de plak. Ditambah plak dgn panic buying. Geram tul jadinya.

    ReplyDelete
  4. mask memang jadi buaruan musim PKP ni ..dulu tak pandang pun sekarang macam harta karun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, macam terdesak sangat dah semua. InsyaaAllah yang paling penting ; jaga kesihatan.

      Delete
  5. Stay Healthy ya. semoga Covid-19 ni cepat berlalu.
    ~Follower No.103~

    ReplyDelete
  6. Sejak PKP memang tak keluar rumah. Memang tak guna mask langsung la. Yang pakai cuma suami sebab dia perlu keluar beli keperluan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, kita semua kalau bekerjasama mesti akan terputus juga rantaian covid-19 ni. Semoga Allah lindungi kita semua.

      Delete
  7. Pls stay safe ye sis comey!! Izzati pun tak keluar rumah and yeps, i dont need a lot of face mask. jimat punya pasai plus orang ambil kesempatan ni untuk naikkan harga barang including the face mask. i hope you're doing well. <3

    ReplyDelete
  8. Semoga kita semua dalam lindungan Allah... Ninja Blogging singgah sini 🖤

    ReplyDelete
  9. sungguh !! merata cari hand sanitizer. saya dapt sebotol kecil saja untuk kongsi dua dgn mak.
    itula saja kami dikit2 guna..

    ReplyDelete