Blogging dalam Bahasa Melayu
By Rara - Tuesday, November 19, 2019
Sebenarnya dah lama saya teringin menulis dalam Bahasa Melayu. Malah, bagi saya, penulisan dalam Bahasa Melayu lagi teliti dan dekat kepada situasi sekeliling memandangkan saya menetap di Malaysia dan berkomunikasi dalam Bahasa Melayu. Sudah tentu banyak yang tertinggal dalam proses penterjemahan.
Walaubagaimanapun, tak dinafikan saya lebih senang menulis dalam Bahasa Inggeris. Mungkin kerana kebanyakan bahan bacaan saya adalah Bahasa Inggeris, menjadikan kosa kata dalam pemikiran saya kaya dalam Bahasa Inggeris untuk saya gambarkan pendapat saya. Justeru, mulai post ini, saya membuat keputusan untuk menulis post dalam Bahasa Melayu sekurang-kurangnya 1 post sebulan. Bergantung kepada kemampuan saya, mungkin bergilir-gilir bahasa.
Tak apa, selagi tak cuba tak tahu. Sebagai satu usaha, saya sedang tambahkan bahan bacaan dalam Bahasa Melayu. Buat masa ni, nak cuba 5 post berturutan dalam Bahasa Melayu. Ada sesiapa sudi berkongsi laman blog yang menulis dalam Bahasa Melayu? Saya seorang yang cerewet tentang pemilihan kosa kata, terutama sekali dalam penulisan. Percakapan mungkin berbeza. Setakat ni blog guru Bahasa Melayu agaknya!
20 Comment
Dulu2 suka jugak blog dalam BI. Lepas tu rasanya baik BM je... dekat dihati.. tapi penulisan blog dalam BM awak ni dah elok sangat...cantik je susunan kata2..
ReplyDeleteTerima kasih.. Sejenis "grammar nazi", macam tulis karangan sekolah pula gigih check! Haha
DeleteSaya menulis blog dalam BM dan BI. Biasanya ikut kategori. Kalau review novel dan review KFC dalam BM. Kalau yang berkaitan experience & IT dalam BI. Kalau study tips, kadang2 BM dan sebaliknya. Thank you singgah blog saya. Saya dah follow blog Rara.
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian.. Nampak janggal juga kalau berkaitan teknikal tulis dalam BM. Jadi rojak sangat pula. Bila tulis dalam Bahasa Melayu, contoh tentang seharian, lain nampak suasana ayat tu. Tu sebabnya rasa nak juga berlatih tulis dalam BM!
Deletemenulis di blog ni apa yang lahir dari hati kan , tulis lah dalam bahasa apa sekali pun kerana minat untuk berkongsi, happy blogging, singgah malam ke sini :)
ReplyDeleteBetul.. Tu yang paling penting. Dulu-dulu seronok je tulis blog, tanpa fikir apa orang lain fikir. Yang penting kita ikhlas, share benda yang baik. Terima kasih atas kata-kata yang baik tu. :)
DeleteTak apa..percubaan yg bagus...
ReplyDeleteselang seli pun ok..ikut pada keselesaan kita untuk menulis.. :)
Terima kasih atas kata-kata yang positif.. Kena biasakan diri dengan baca juga penulisan BM orang lain.
Deleteikut cara yang kita selesa selain mesej yang disampaikan kena pada pembaca
ReplyDeleteTerima kasih atas kata-kata yang positif. InsyaaAllah nak cuba perbaiki diri. :)
Delete#75
ReplyDelete♡
DeleteSuka dengan gaya penulisan rara. Apapun bahasa janji boleh difahami pembaca :)
ReplyDeleteTerima kasih atas kata-kata positif dan sokongan.. :)
DeleteHappy blogging . Saya pun rojak je . Kadang malay kadang english . Ikut selesa kita nak menulis .
ReplyDeleteTerima kasih.. Duduk di Malaysia, terbiasa sangat campur-campur bahasa ni. Cuma jadi kesal bila English lagi fasih. Apa pun, yang penting kita selesa tulis dan dapat sampaikan benda yang baik. :)
Deletetak kisah bahasa melayu atau bahasa english yang penting setiap menulis ikhlas dan menyampaikan kebaikan..
ReplyDeleteTerima kasih.. :)
DeleteGaya rara menulis lebih melayu dari akak hehe. Salam singgah 😊
ReplyDeleteHai RARA 😄
ReplyDeleteCheq ni pula berblog dalam bahasa Melayu loghat utara, disulam dengan bahasa Inggeris here and there..hihi 😬
#84