Blogger buat duit online

By Rara - Wednesday, November 05, 2014

Assalamualaikum dan salam 1Dunia. (Tiru tagline Denai Hati :P)

http://www.annettapowell.com/
Hiperbola yang menggambarkan topik hari ni. Hehe

Pertama sekali, apa itu Blogger? Blogger adalah seseorang yang mempunyai blog. Haha. Dah nama pun blogger. Berbalik kepada tajuk, bila sebut duit, kita tahu yang ia tidak akan datang sendiri seperti turunnya hujan dari langit – kita kena usaha untuk dapatkannya, betul tak? Maka, menjadi seorang blogger adalah salah satu daripada usaha yang boleh kita lakukan untuk dapatkan duit.

Sejujurnya, saya akui saya bukanlah seseorang yang layak menulis artikel mengenai topik tersebut kerana saya langsung tidak berpengalaman dalam bidang ini. Tapi, kalau kita terus berpemikiran sedemikian, macam mana kita nak dapatkan pengalaman? Pengalaman tak semestinya apa yang kita lalui, tetapi melalui pengalaman orang lain juga, kita boleh belajar dan sesuaikan dengan diri kita supaya kita dapat terokai dunia baru ; buat duit melalui Blog.

Tapi sentiasa ingat tujuan sebenar kita nak dapatkan duit ; untuk mendapat keredhaan Allah. Gunakan ke arah kebaikan.

Setelah meneliti pengalaman orang lain dan membaca tips-tips dari blogger tempatan, juga mini research daripada blogger antarabangsa, saya membuat keputusan untuk mencedok sedikit demi sedikit ilmu dari pelbagai pihak dan gabungkannya di dalam satu entri ini. Insya Allah, ini adalah dari pandangan amatur seperti saya, yang saya rasa mudah untuk dimulakan. Blogger-blogger hebat di luar sana, tolong bagi pendapat sikit! :D

Blogger sampingan 

Blogger yang terikat kepada tanggungjawab lain dan aktif berblogging sebagai aktiviti part time. Kiranya benda ni tak lah rumit sangat, kalau rajin sikit urus masa, mesti boleh buat untuk dapatkan pendapatan sampingan.

1. Ruangan iklan

Alaa, yang kita selalu tengok orang letak iklan kat banner tu. Antara khidmat iklan yang diminati blogger adalah :




Ramai yang setuju dua servis ni terbaik, cuma kena rajin sikit. Banner denaihati bukan iklan ya, memang ikhlas letak untuk sebarkan program e-qurban tu. Ehehehe

2. Affiliate

Affiliate ni, dalam bahasa mudah, kalau kita berjaya ajak pengunjung ke website tertentu, kita akan mendapat ganjaran. Hmm. Menarik. Kadang-kadang bila tiba-tiba keluar gambar gajet dari lazada, terdetik juga nak click, kan?

Walaupun mereka blogger sampingan, saya dapati ramai juga di antara mereka, berjaya di kedua-dua aspek, tanggungjawab sepenuh masa (kerja, pelajaran, dan sebagainya) dan juga sebagai seorang blogger. Syabas!

Blogger yang telah berjaya

Melalui cabaran iphone 5s ni juga, barulah saya terjumpa blogger yang hebat membuat duit online. Antaranya, salah seorang peserta  cabaran terakhir iPhone 5s, Tuan Hasrul Hassan.

Antara perkongsian beliau bagi membantu aktiviti membuat duit online adalah :



  • Naikkan jumlah Like FB Page (jika ada)
  • Naikkan trafik blog niaga (jika ada)
  • Hasilkan jualan untuk pengiklan
  • Hasilkan tempahan untuk pengiklan
  • Dapatkan list pelanggan untuk pengiklan
  • Perkenalkan jenama dan produk di SERP enjin carian
  • Naikkan PR blog pengiklan dan kedudukannya di enjin carian
  • Jumlah Like, Share, G+ dan Tweet entri tersebut tinggi
  • Orang komen mengenai entri, produk atau jenama berkenaan.
  • Trafik entri tersebut tinggi

  • Bagi amatur seperti saya, lagi-lagi sebagai seorang pelajar sepenuh masa, memang nampak susah. Tapi tak salah untuk mencuba, kan? Buat sikit-sikit, bila dah graduate nanti, siapa tahu, boleh mendapat pendapatan sampingan yang memuaskan? Hehe

    Kesimpulannya, siapa yang berusaha, pasti akan mendapat hasilnya. Rezeki semua adil Allah dah tetapkan. Bak kata pepatah Arab, siapa yang menanam, dialah yang akan menuai. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Banyak lagi lah, memang dari nenek moyang kita lagi dah ajar untuk berusaha.

    Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan Denai Hati kerana memberi peluang kepada saya sebagai salah seorang peserta yang layak ke pusingan akhir Cabaran iPhone 5s. Ini adalah kali pertama saya mencabar diri untuk menulis sesuatu yang langsung di luar bidang saya. Alhamdulillah, telah membuka mata saya tentang sisi lain dunia blogger yang tak pernah saya terjah sebelum ini.

    Tidak lupa juga kepada para penaja yang tidak putus-putus sudi menaja, dari 3 buah iphone 5s, kini 5 buah iphone 5s! Semakin cerah peluang kami. Muahhh

    Penaja Utama


    Penaja Individu

    24. Japan Budget Trip

    P/S. Setiap satu comment di 1 komen 1 Ringgit untuk Keluarga Blogger Bachtiar Hidayah akan disumbangkan RM1 oleh pihak Denai Hati. Diharap semua yang membaca blog ni dapat kunjungi entri tersebut dan comment lah apa-apa. Saya faham, kadang-kadang kita tak sempat nak uruskan proses menderma dan sebagainya, tuan Denai Hati dah mudahkan, buat je okay? Terima kasih.

    • Share:

    You Might Also Like

    16 Comment

    1. Tahniah sebab dah siapkan entri menarik ini Rara :D

      ReplyDelete
    2. billion terima kasih sudi meneruskan cabaran terakhir iPhone 5s gajet impian setiap blogger dan semuga sukses.

      ReplyDelete
    3. Assalamualaikum. Satu perkongsian yang menarik, seronok membacanya :D Hehe
      Semoga berjaya ya! ^__^

      ReplyDelete
    4. wah , encik denaihati plus encik titan komen kat sini , nampak tak entri awak catch attention !
      Tahniah dan good luck ye !

      ReplyDelete
      Replies
      1. saya pun rasa tak layak dikomen oleh orang2 hebat ni.. huaaa :( Terima kasih.. Awak pun ya. ;)

        Delete
    5. Dapat juga duit blogging tampung mana yang kurang.

      ReplyDelete
    6. Replies
      1. ish ye ke "akak"? :P good luck untuk awak juga.. BIla ya result nak keluar. Huu

        Delete
    7. memang banyak ruang untuk blogger buat duit kan?

      goodluck!

      ReplyDelete
    8. Gud luck yer..emm nak naikkan PR tu yang susah..hadoi...dulu naik 2..pah tu turun..pah tu, malas dah nak check..biarkan lah ia..haha

      ReplyDelete
      Replies
      1. mana boleh malas.. haha.. tapi dah mula langkah awal tu pun dah kira hebat.. :D

        Delete
    9. Huhu...menarik artikelnya..semoga ada tuah untuk anda..

      ReplyDelete
    10. perkataan hiperbola tu kiut sangat!semoga Allah beri rezeki kepadamu!

      ReplyDelete
    11. bagus cita-cita awak. permulaan yang sangat baik.

      ReplyDelete
    12. Buat duit melalui blog tak susah sebenarnya. Jika tahu caranya. :)

      ReplyDelete