Syarat menuduh seseorang berzina

By Rara - Tuesday, January 14, 2014

Jangan senang-senang bercerita tentng jiran, "nampak perempuan keluar dari rumah lelaki tu.. Siap *blablabla*,". Salah satu daripada dosa besar ok.

Really sick of hearing these stories, what's more being among girls. Huhhhh!! If you are really sure, but your the only one, just call Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) 0355143400

Syarat menuduh seseorang melakukan zina :

1. Ke empat-empat lelaki
2. Baligh.
3. Sempurna akal.
4. Orang yang adil iaitu orang menjauhi dosa-dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa kecil.  Dengan kata-kata lain, ia tidak fasiq, diketahui keadilannya dan bukan orang yang hasad atau khianat.
5. Beragama Islam.
6. Benar-benar melihat kejadian zina sehingga dapat memberi keterangan dengan jelas, tempat dan tiada keraguan tentang pelakunya, cara pelakuan, tempat dan masa berlaku perbuatan zina.
7. Penyaksian itu benar-benar membuktikan berlaku zina.

Sekiranya tidak cukup saksi atau didapati saksi itu tidak dapat membuktikan tuduhan tersebut atau mereka berlaku anat, maka mereka wajib menerima hukuman qadzaf iaitu 80 kali sebat.

Ertinya: Dan orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan~perempuan yang terpelihara kehor­matannya kemudian mereka tidak membawa empat orang saksi, maka sebatlah mereka 80 kali sebatan.

(Surah al-Nur 24: 4)

  • Share:

You Might Also Like

0 Comment