Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM Tingkatan 4

By Rara - Saturday, November 02, 2013

Mengandungi tiga aspek :
a. Matematik – (40 soalan )
b. Sains – (50 soalan)
c. Keperibadian – (100 soalan )
(Ujian Matematik dan Sains berdasarkan Sukatan Pelajaran Menengah Rendah)

UKKM tidak diwajibkan bagi calon Sabah dan Sarawak kerana masalah logistik di kedua-dua negeri ini menimbulkan kesukaran kepada pihak MARA untuk melaksanakan ujian ini di negeri-negeri tersebut.

1. Bawa Kad Pengenalan dan Angka Giliran PMR
2. Tiba 15 minit lebih awal
3. Pakai seragam sekolah dengan lengkap dan kemas
4. Bawa bekal untuk waktu rehat ( kemungkinan tiada kantin di pusat ujian)
5. Boleh bawa kalkulator saintifik yang tidak boleh diprogramkan sahaja.

Bawa alat tulis dan kertas – UKKM adalah ujian berkomputer.

Saya telah menduduki UKKM pada tahun 2009, maka saya hanya boleh berkongsi pengalaman saya ketika itu. Maaf jika terdapat percanggahan info dan anda lebih digalakkan untuk menghubungi pihak MARA sendiri untuk menyelesaikan kecelaruan anda.

Bahasa - Kalau tak silap, soalan yang saya jawab dalam dwibahasa. Walaubagaimanapun, saya tak pasti mengenai bentuk soalan yang terkini. Sila rujuk pihak MARA untuk kepastian.

Bagi saya, soalan yang disediakan tidaklah susah. Tapi jika dibandingkan antara Sains dan Matematik, sejujurnya saya berpendapat Matematik lebih sukar.

Berkenaan ujian Keperibadian, saya dapati ada kalanya pilihan jawapan yang diberi agak jelas menunjukkan sama ada anda bersikap lebih kepada perniagaan, penyelidikan, dan sebagainya. Pilihlah ikut kata hati anda.

  • Share:

You Might Also Like

0 Comment