Puteh - Kain Buruk
By Rara - Thursday, February 02, 2012
Assalamualaikum kawan-kawan! Saya Puteh. Saya masih ingat ketika Arwah Abang Saki masih ada, Athirah membenarkan beliau menggunakan akaun Myspace Athirah. Setelah beberapa kali merayu kepada Athirah, akhirnya Athirah telah bersetuju membenarkan saya mengambil alih bukan sahaja akaun FBnya, malah akaun Blogger ini! Tapi saya tidak mempunyai masa terluang sebanyak Athirah. Athirah kan sedang menunggu keputusan peperiksaan. Saya akan cuba membantu Athirah menulis blog ini, sekurang-kurangnya. Walaupun Athirah bukanlah menulis untuk apa-apa tujuan, Athirah sekadar ingin berseronok, tapi.. Alaaaaaa bagi lah saya peluang "membantu" Athirah! :( Hari-hari saya ikut Athirah sidai baju, lihat gambar saya di atas. Ada bakul merah kan? Gambar ni pun Athirah yang ambilkan.. Penat saya tahan lidah macam tu. Habis hingus saya melekat kat lidah. Saya mampu ikut Athirah saja, mengelilingi kaki Athirah. Nak sidai pun tak sampai. Tapi Athirah baik sangat kat saya..

0 Comment