Berkawan dengan orang yang berbuat baik dengan kita, berkawan rapat dengan orang yang baik.
By Rara - Wednesday, January 11, 2012
Orang yang berbuat baik dengan kita & orang yang baik. Nampak tak ada perbezaan? Hari ni rasa nak post dalam Bahasa Melayu. Tak kisah kan? Ya, nanti saya buat versi Bahasa Inggeris. :D
Kita selalu tertipu dengan orang yang hanya berbuat baik dengan kita. Sedangkan fikiran rasional kita mampu berfikir, takkan ada orang nak berbuat baik tanpa apa-apa sebab? Layakkah kita menerima kebaikan seperti itu? Sedangkan kita pun tak sebaik itu..
Sibuk mengejar orang yang kononnya berbaik dengan kita, kita lupakan orang yang baik. Orang yang baik tutur bahasanya, pergaulannya, dan sikapnya.
Kenapa kita berkawan? Adakah semata-mata untuk mendapat suatu "ganjaran"? Hanya kerana orang baik tu tak seberapa menyerlah, kita abaikan dia. Yang bukan main gempak, peramah, kita kejar. Kagum. Mungkin kerana ada rasa dalam diri untuk menjadi seperti mereka.
Duduk kat ceruk mana-mana, fikir balik. Kalau dia baik dengan semua orang, adakah dia seorang manusia yang akan membantu kita? Saya tak maksudkan jangan berkawan dengan orang ramah, cuma janganlah cepat sangat anggap yang awak tu seseorang yang istimewa( kawan baik, dsb) bagi diri dia.
Saya suka orang baik sebab mereka menjadikan saya seseorang yang lebih baik. Kalau berhenti kat sini macam apa je.. Macam nak cakap lagi, tapi. Tergantung kan? Tiba-tiba hilang aura menulis. Nak tengok Bella. Hehehehe

0 Comment