Maaf?
By Rara - Tuesday, December 27, 2011
"Maafkan je la, memaafkan itu lebih baik."
"Sedangkan Allah pun Maha Pengampun, apatah lagi kita hamba sesama hamba."
Sebenarnya, memaafkan tidak menghalang kita untuk menuntut pembelaan, pembersihan nama dan sebagainya. Apatah lagi apabila maaf itu datang secara sukarela daripada pihak yang dianiaya dan tidak pula ada penyesalan dan mohon kemaafan daripada pihak yang menganiaya.
... Contohnya: Ada pencuri masuk ke rumah kita dan merompak. Kemudian membawa lari harta kita. Ya, kita boleh kata: "Saya maafkan dia." Tetapi apakah terhenti tugasan untuk menangkap pencuri tersebut? Tidak. Dia ada kemungkinan akan mencuri harta orang lain pula. Maka pada saya, adalah kewajiban untuk tetap diteruskan kerja-kerja menangkap pencuri tersebut, agar terhenti perbuatannya.
Jadi, bukanlah kita apabila meminta nama kita dibersihkan selepas dicerca, difitnah, merupakan satu tindakan 'tidak memberikan kemaafan', satu tanda 'ego', 'keras kepala', 'nak menang' dan segala bagai. Bukanlah juga apabila kita berkata: "Saya mahu si dia memohon maaf." menandakan kita tidak memaafkan dia. Itu hakikatnya adalah tindakan kita, tanggungjawab kita, untuk mengajar dan menyedarkan si pembuat onar itu akan kesilapan tindakannya. Agar, moga-moga, kitalah orang terakhir yang dia lakukan sedemikian rupa.
Tetapi jika kita diam.
Tidak bertindak.
"Biarlah. Aku sudah maafkan dia."
Dia mungkin akan pergi dan melakukan onar kepada yang lain pula.
Sekurang-kurangnya,
itulah pegangan saya.
Sebab saya kira,
Allah SWT itu Maha Pengampun lagi Maha Pemaaf.
Jadi, buat apa ada hukum untuk penjenayah?
Saya kira, inilah dia hikmahNya.
^^
------------------------------ ------------------------------ --------------------------
Dan untuk saya,
sesiapa yang melihat, mendengar, perbuatan jahat ini dan mendiamkan pula, tidak pula memberikan teguran, tidak pula berusaha menyedarkan,
itu adalah tanda persekongkolan mereka di dalam jenayah yang dilakukannya.
- Hilal Asyraf. Thanks for putting it down in words. :)

------------------------------

0 Comment