Nak SPM dah.

By Rara - Friday, November 11, 2011

Hari ni saya terasa dipanggil untuk menulis dalam Bahasa Melayu. Mungkin kerana saya sedang memperhalusi karangan Bahasa Melayu saya kebelakangan ini? Hhhmm. Banyak kata yang tak mampu ku ungkapkan. Hanya doa & restu semua orang yang mengenali saya yang dapat membantu saya mengecapi kejayaan di dunia & akhirat. Hanya Allah yang dapat membantu saya. Tolong, saya merayu, maafkan segala kesilapan saya. Saya tak akan berkata, "maafkan sekiranya ada kesilapan," kerana saya sedar saya hanyalah hamba Allah yang terus menerus melakukan kesilapan. :'( Tersentuh pula. 

Semoga dilapangkan hati dan diberi petunjuk oleh Allah. Tujuan saya memperoleh kejayaan dalam SPM, yakni 11 A+ hanyalah untuk mendapat tiket agar saya dapat berkorban ke jalan Allah. Jurusan Kedoktoran. Saya tak cukup gagah untuk menjadi tentera, tapi saya boleh belajar bersungguh-sungguh.

Tolong ya? Sesiapa yang membaca ni. Kasihani saya. Doakan saya. Saya sangat harga itu. Hanya Allah yang mampu membalas jasa anda.. Amin.

  • Share:

You Might Also Like

2 Comment