Tentang Rokok !

By Rara - Tuesday, August 23, 2011

Setelah sekian lama asyik bercerita tentang kehidupan seharian saya di sekolah, kali ini saya ingin berkongsi sedikit mengenai rokok. Rokok yang menjadi trend & kebanggaan remaja-remaja masa kini, tidak kira lelaki atau perempuan.


Merokok adalah senjata Yahudi yg plg berjaya.. SEBAB :-

Mana ada org hisap rokok bermula dgn BISMILLAH..
Mana ada slps abis merokok ucap ALHAMDULILLAH..

- Menyalakan api adalah kesukaan syaitan.
- Meletakkan jari di mulut adalah amalan Yahudi.
- Mengepit 2 jari pd rokok adalah perlambangan salib.

Kesimpulannya kawan-kawan, marilah kita berhenti merokok (macam saya pun merokok pula :D) kerana bukan shaja ianya tidak baik untuk kesihatan, tetapi banyak lagi keburukan yang harus kita tanggung kesan daripada merokok itu sendiri.. Islam menyuruh kita menjaga tiga perkara, harta, nyawa, (lagi satu tak ingat). Tengok tu, jaga nyawa sendiri tu penting. Jangan sengaja membahayakan diri sendiri seperti :

- tak paka tali pinggang / topi keledar
- makan tak seimbang
- tak suka bersenam, alasan nak jaga aurat.. Banyak lagi cara untuk kita bersenam, terutama perempuan, Islam kan agama yang memudahkan?
- memandu dengan melulu

benda-benda kecil macam ni kena jaga.. Janganlah semata-mata kononnya yakin, "takpe.. Allah selamatkan. Nak sakit, sakit jugak. Nak mati, mati jugak. Semua tu kan urusan Allah..". Ya, memang Allah selamatkan kita. Allah selamatkan kita dengan mengurniakan akal kepada kita untuk berfikir & mencipta sesuatu untuk kebaikan kita, seprti tali pinggang keledar.. Pemakanan yang sihat. Semua ilmu kan milik Allah?

Tak perlu rasanya nak sebut perkara-perkara yang terang-terangan bahaya seperti merempit dan sebagainya. Dah pandai baca ni maknanya dah cukup mumayyiz la tu.. Sekian, daripada rokok terus jadi panjang.. Yang penting ada isi yang nak disampaikan. :)

  • Share:

You Might Also Like

0 Comment