Drama Nora Elena

By Rara - Thursday, June 02, 2011



Hai, kawan-kawan! Semua rasanya dah tengok slot Akasia terkini, Nora Elena, kan? Drama ni diadaptasi dari sebuah novel, katanya.. Ah, tak kisahlah, novel, novel. Drama, drama.

Akhirnya.. Kalau sesiapa yang mengikuti drama ni mesti dah lega lepas tengok episod hari  ni kan? Seba Watak utama,Nora Elena dah berbaik dengan suami yang dikahwini tanpa "cinta".. Katanya. Eww. Geli  nak taip. Sebab saya dah menyampah dah tengok hari2 tak habis2 pasal dia tak suka semua yang lelaki tu buat. Ish. Dosa tau, tak hormat suami. Menyampahhh general knowledge kott.

Watak PA yang agak tak masuk akal 
Pertama sekali, memang saya tak suka pelakon tu. Ala, perempuan "manja"yang dalam Tari Kirana tu.. Entahlah, saya faham, dia cuba lakonkan watak dia sebaik mungkin. Tapi nampak lebih2 pula. Baru lagi kot. Cuma rasanya 92.37% orang yang tengok dia berlakon akan kata dia gedik kot. Sorry, saya tak tahu nama dia. :D
Kenapa saya kata watak dia tak masuk akal :
1. Bawa kereta Harrier
2. Rumah cantekk (tinggalan arwah mak ayah dia kot)
3. Suka2 hati dia je tak nak pergi office
Erk. Orang buat drama ni tak tahu kot tugas PA macam  mana. Tahu tak PA tu apa? Personal Assistance. Assistance untuk office. Bukan hanya kerana ada perkataan "personal", bukannya dia ken ambil tahu majikan dia dah makan ke belum, mak ayah majikan dia sihat ke tak, anak kucing majikan ada berapa.. Dalam drama ni PA tu bestfriend dia, boleh laa masuk akal.. Tak kisah lah..

Watak kampung digambarkan dengan memakai tudung
Watak utama ni.. Dulu duduk kat kampung. Pakai tudung, baju kurung, elok je.. Tapi kenapa watak bila dah bekerja kat Kualalala Lumpur~ pakai mini skirt, tak pakai tudung? Pelik, pelik, pelik. Kalau dari awal nak buat watak macam tu, tak perlu rasanya pakaikan watak tu tudung semua masa dia muda2. Memalukan. Macam menghina orang tutup aurat pun ada.

Dah  lah, lama tak tulis panjang2. Rasa nak tulis. Ambil je la tajuk ni. Huhu

  • Share:

You Might Also Like

0 Comment