Salam Maulid Rasul..

By Rara - Monday, February 14, 2011



Astaghfirullah.. Lihat gambar di atas. Sungguh menghina agama kita! :'(

Selamat sejahtera ke atas semua !

Saat dilaungkan azan Maghrib, tibalah hari kelahiran Rasul kita, Muhammad.. Nak mengulas lanjut tentang bagaimana, kenapa, tidak mungkin akan termuat oleh blog ini (sebenarnya tak rajin nak buka buku teks Al-Quran & As-Sunnah, lain kali la ya kita bincangkan. :P)..
Sempena tarikh keramat ini, kerajaan negeri Selangor akan menganjurkan Perarakan Maulidurrasul peringkat Negeri Selangor setiap tahun. Untuk makluman semua juga,  sekolah kami akan mendapat tempat setiap kali menghantar kontijen bagi menyertai pertandingan tersebut.. Hehe  :P Walaubagaimanapun, kita jangan lupa! Tujuan utama aktiviti sebegini dianjurkan adalah supaya kita lebih mengenali Rasul kita.. Sesungguhnya Nabi Muhammad ada bersabda,
"Barangsiapa yang berselawat ke atasku, maka Allah akan berselawat ke atasnya,"
Wah.. Allah akan berselawat ke atas kita! Sedangkan kita manusia biasa, tak pernah berhenti melakukan dosa.. Allah masih mahu bukan saja mengampunkan dosa, malah berselawat ke atas kita! Allah Maha Penyayang.. :) Sungguh besar kasih Allah terhadap kita yang hina ini.

Baiklah, sebenarnya saya cuma ingin memaklumkan tentang penyertaan saya dalam pertandingan yang telah saya nyatakan sebentar tadi.. Alhamdulillah, setelah mengikuti beberapa latihan di sekolah, saya telah terpilih ketika saringan diadakan baru-baru ini.. Justeru, saya dikehendaki tiba di sekolah sebelum jam 6  pagi  & menunaikan solat Subuh di situ. Semoga tahun ini juga, kami dapat memperoleh kemenangan..

P/S. Kami mendapat tempat Naib Johan pada tahun ini! :)

  • Share:

You Might Also Like

0 Comment