Apa yang penting? Kerjasama!

By Rara - Tuesday, February 22, 2011

Kerjasama dalam sesuatu organisasi amatlah penting supaya organisasi tersebut dapat berjalan aktif dengan lancar serta jayanya.. Tanpa ahli, siapalah ketua. Walaubagaimanapun, di peringkat sekolah, bukanlah terlalu besar tanggungjawabatau kerja yang harus dipikul. Lantaran itu, rakan-rakan, usahlah menangguh-nangguhkan apa jua kerja yang telah diberi kepada anda. Ketua yang telah membahagikan tugas lebih arif, mengapa dan kenapa kita harus lakukan kerja itu. Patuh. Usahlah pertikaikan.


Sejujurnya, kalau setakat kerja di sekolah. Setakat menguruskan aktiviti, kami tak perlukan pun bantuan anda.. Bukanlah berlagak, tetapiianya  suatu kenyataan.  Setakat menulis surat, lima minit terlalu lama buat kami. Setakat mengarah orang kutip duit, tak sampai 20 minit boleh saya lakukan.. Kesimpulannya, saya boleh. Tetapi, saya bukanlah seseorang yang sebegitu. Kita sebagai pelajar harus menggapai setiap  peluang yang diberi, setiap tanggungjawab yang diberi untuk memperoleh pengalaman. Bukannya mempertikaikan,  seolah-olah  tidak berpuas hati. Ada sahaja. Berhentilah mencari kesalahan orang lain. Kerja sendiri pun tak siap, boleh pula mempertikaikan kedudukan seseorang yang mengarahkan.. Salahkah?

Saya cuma ingin memperoleh pengalaman. Memang kalau boleh saya nak ambil semua peluang tersebut dan tidak memberikan langsung kepada kawan-kawan. Tetapi saya bukan begitu. Namun, jika sehinggakan mengganggu kelancaran aktiviti, saya terpaksa lakukannya juga tanpa menghiraukan kawan-kawan..

Harap dimaafkan. Langsung tidak berniat untuk berlagak, saya lebih rela segelintir orang berkecil hati akibat tindakan saya daripada menyusahkan sebahagian besar pihak.. :)

  • Share:

You Might Also Like

0 Comment