Baru kini saya faham bagaimana perasaan guru ketika bertanya soalan umum dan murid hanya mampu menjawab, "tidak tahu,".. Tapi tu lain. Kalau soalan yang cikgu tanya kebanyakannya kena ulangkaji.. Kita hidup bermasyarakat sentiasa memerlukan satu sama yang lain. Berbincang dengan orang. Mustahil untuk berbincang dengan diri sendiri kerana kita hanya mempunyai satu pendapat yang betul-betul kita yakini. Kalau ada banyak, anda menghidapi "multi-personal-disoder"! Tak pasti sama ada betul atau tidak ejaan tersebut.. Bukan itu motif utama saya. Kesimpulannya, mulai hari ini, saya berjanji.. Jika ditanya pendapat saya tentang sesuatu perkara, di mana secara terang-terangan tiada jawapana yang tepat, saya akan berusaha untuk menjawabnya sebaik mungkin berdasarkan apa yang berlegar di pemikiran saya. Saya mesti mampu meluahkan buah fikiran saya melalui kata-kata.. Bukan kata-kata kosong, tetapi kata-kata yang 100% menzahirkan pendapat saya. Saya akan berusaha ke arah itu, insya Allah.
0 Comment