(Izinkan saya menulis dalam Bahasa Melayu hari ini :D)
Pada jam 8.00 pagi, kesemua pelajar SAMTTAJ telah dikehendaki untuk berkumpul di Dewan Anggerik SAMTTAJ untuk menyaksikan sesi dialog bersama Dato' Dr. A. Samad Said. Sejujurnya, saya tidaklah begitu mengujakan untuk bersua muka dengannya. Hal demikian adalah kerana, entah mengapa, seingat saya sekurang-kurangnya sudah 5 kali saya melihat beliau di depan mata saya, tanpa ada halangan seperti kaca televisyen mahupun corong radio. Ketika berada di dalam kereta, saya terlihat beliau berjalan kaki.. Di pesta buku. Di KLCC (http://atrzr.blogspot.com/2009/11/trip-ke-petrosains-12-november-2009.html) .. Dan pelbagai tempat lagi. Beliau memang seorang yang suka berjalan.
Jamuan akhir tahun berjalan dengan lancar.. Walaupun persediaan agak dilaksanakan pada saat akhir. Apa yang penting semua kenyang. Bertuka-tukar hadiah.. Saya mendapat hadiah daripada Aisyah. Sebuah novel Bahasa Inggeris :)
Sekian, terima kasih.

0 Comment