19 September 2010
Berkumpul di SAMTS Hisamuddin, Klangpada jam 2.30 petang. Nampak Farish. Orang lain tak sampai lagi agaknya. Balik rumah & akan kembali semula pada jam 5.00 petang. Lambat sungguh budak2 lelaki angkat barang. Haish. Ummi, Abang, Haziq balik rumah dulu. Nanti saya nak balik saya call. Malam ni tak tidur kat sana pun tak apa. Hehe. Jumpa Amalina & Kerek! Oh, silap.. Siapa ya namanya. Wawa :D
20 September 2010
Bertolak dari sekolah bersama cikgu Madihah. Bawa barang2 semua. Malam ni tidur kat sana terus. Join perhimpunan sekolah. Janji kat sana pukul 8. Ada masalah sedikit. Sibuk dah mereka msg2. Sabar2.
Latihan berpusat di SAMTS Hisamuddin. Pasang bow. Alaa, malasnya. Asyik miss je. Lagi la rasa tak nak shoot. Main2 je. Hihi. Hilang satu arrow. Lagi sorang baru datang hari ni. Cek pah.
Bilik kesihatan yang sepatutnya kami duduki dah dipenuhi. Budak stam. Ah, terpaksa bermalam di bilik tv. Atas lantai je tau tidoo. Amboi mentang2 kat malaysia, pandai lak merungut tido atas lantai. Rasa macam kat shizengakkou pula. Hihi. Banyak fletcher hancur. Pasang baru. Sorry coach. Sejuk sangat malam tu. Hujan lebat barangkali.
21 September 2010
Perancangan awal akan bertolak ke Perak pada jam 10 pagi. Disebabkan masalah teknikal, bertolak pada jam 11. Sejam lambat. Tak suka betul. Dua kali berhenti. Makan tengahari & solat zohor. Tiba di sana agak lambat. Tak sempat pun sighters rasmi. Check barang je. Sempat la setting sight. Ok la. Menginap di IKBN. Ambil selimut, cadar semua, terus pergi bilik. Satu bilik 6 orang. Tingkat 3. Bilik 305. Budak sarawak baru sampai. Sabah tak hantar wakil.
22 September 2010
8.30 pagi - 12.00 tgh : Pertandingan 1 (Berpasukan jarak 40m)
long end. ok la. tak memuaskan mana pun. haha. yang masa kat sg besar jauh lebih baik. sorry coach :P
balik bilik. Tidur jap. Pakai sunblock semua, terus keluar balik. Naik bus dengan budak sarawak.
3.00 ptg - 5.30 ptg : Pertandingan 2 (Berpasukan jarak 30m)
short end. Last beberapa end hujan turun dengan lebat. best sangat. pengalaman kan. shoot memang lah tak best, tapi best! :D nasib baik dah sediakan payung. hot pink.
makan kfc. cekpah jumpa makcik dia.
8.30 malam : keluar bersiar-siar menghirup angin di waktu malam. naik bus dengan budak sarawak. pergi ke pasar malam. ada jual ikan, sayur, buah-buahan. nak beli buah pun takde pisau. kena guna cutter. yeww termakan fletching glue semua nanti.
pulang ke bilik. sebelum tu ada sedikit taklimat bersama cikgu..........................??? diminta bercakap tentang hari ini. emm ok
23 September 2010
8.30 pagi - 12.00 tgh : Pertandingan 3 (pusingan olimpik individu)
semua peserta selangor terpilih. ismatt & bob bertahan. perempuan wawa cik kodok sahaja.
tiada rehat. terus ke pertandingan seterusnya.
Pertandingan 4 (olimpik berpasukan)
kontingen selangor mendapat bye. boleh banyak kali "sighters" lah. seronok sangat. kurang tekanan. 2 minit, 3 orang, 6 arrow. selangor berjaya ke pusingan akhir. bertemu dengan terengganu. begitu juga budak lelaki. keputusan? lelaki mendapat tempat pertama.. kami mendapat tempat kedua.. apa2 pun, seronok sangat. dapat shoot dalam hujan lagi.
malam terakhir bersama rakan2. Annual dinner di dewan serbaguna IKBN. pakai baju cikgu madihah.. sungguh memalukan. haha. penuh manik2. selangor ni memang la. suka btol perhatian.
24 September 2010
Dah kemas barang semua. Sarapan. Terus babai2. Insya Allah jumpa lagi. Balik ke hisamuddin.
Kesimpulannya, seronok sangat. Dapat pengalaman semua. Terima kasih semua yang menjayakan program ni.. Umi, ayah, sekolah semua.. Akan belajar dengan bersungguh2 dan mencapai kejayaan dalam bidang akademik pula.. Terima kasih :)
With Love, Athirah
7 Comment
la..pkai trget face chiisai...ke??cian plak...trang trget okii..hehe
ReplyDeletemcm xckup je laporan harian 2..hehehe....bgs2...truskn usaha dlm akedemik plak...jgn sbb manah..awk hilng yg len2...sptt ye..sbg pmnah..awk kna grab yg len jg...biar awk dpt 2 2..bjya dlm sukn n bjya dlm pljaran...
ReplyDeletegood job!
ReplyDelete:D
congratz!!!
ReplyDelete=)
terima kasih.. yup2, chiisai.. :(
ReplyDeletechepah la weyh..pelik lak bila baca cek pah..
ReplyDeletebtw, mcm syok jek shoot dlm hujan.. *jeles*
tau.. dh sume guna chepah.. nak guna cekpah gak.. baru lawak. haha
ReplyDelete