Sahabat saya berkata,
"Hanya diri kita yang mampu menilai diri kita. Bukan orang lain. Kita tahu yang terbaik untuk kita,"
Saya tak setuju sebab bukan selalu begitu. Terbukti dia salah. Mengapa? Kerana
dia telah menilai diri saya! Dia telah menilai diri saya bersama rakan-rakannya tanpa mengenali saya terlebih dahulu. Bukankah diri kita yang paling baik menilai diri kita? Begitulah kata saudari, bukan? Maka, mengapa saudari menilai orang tanpa asas yang kukuh begitu saja? Begitu saja membuat keputusan bahawa saya tseorang pelajar yang biadap. Tanpa soal siasat melalui saya!
Bukankah saudari benci diri saudari dinilai oleh orang lain?? Jika sedemikian, mengapa saudari dengan enteng menilai diri saya yang saudari tidak seberapa mengenali? Jika tidak suka dinilai, mengapa suka menilai orang lain? Sudah lah menilai, sebarkan penilaian saudari yang tidak berasas kepada orang lain pula. Orang lain pun bodoh pergi percaya. Sama-sama pelupa. Bukan main semangat berkata tidak suka dinilai. Padahal, dia, menilai orang nombor satu! Juara!
Tak perlu dijawab segala pertanyaan dia atas. Siapa yang makan cili, dia yang terasa pedasnya <33
Share this on facebook?
0 Comment