Ikhlas dari lubuk hatiku (kikikiki~)
By Rara - Sunday, March 14, 2010
Find a guy who calls you beautiful instead of hot, who calls you back when you hang up on him, who will lie under the stars and listen to your heartbeat, or will stay awake just to watch you sleep, wait for the boy who kisses your forehead, who wants to show you off to the world when you are in sweats, who holds your hand in front of his friends, who thinks you’re just as pretty without makeup on. One who is constantly reminding you of how much he cares and how lucky he is to have YOU. The one who turns to his friends and says, thats her.
Tiba-tiba rasa malu menyelubungi diriku tatkala membaca blog kepunyaan beberapa sahabatku, atau kenalanku. Benar, saya tidak beberapa mengenali mereka tetapi pernah juga kulihat di sekitar rumahku kerana saya tinggal di *bleep*, Shah Alam.
Pada awalnya saya telah membuat keputusan untuk menulis blog menggunakan Bahasa Inggeris untuk memperbaiki penggunaan saya dalam bahasa tersebut serta membiasakan diri saya dalam penggunaan Lingua Franca ini, atau bahasa antarabangsa. Hal demikian kerana, majoriti penduduk di dunia ini boleh dikatakan wajib mahir bertutur dalam Bahasa Inggeris atau barangkali dianggap ketinggalan zaman. Sebilangan mungkin berpendapat sedemikian, tetapi tidak bagi saya. Sebab mengapa saya berpendapat harus mahir dalam Bahasa Inggeris adalah kerana kebanyakan pengetahuan atau berita yang kita ketahui adalah disampaikan melalui Bahasa Inggeris. Dan saya berani mengakui bahawa saya fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris, apatah lagi Bahasa Melayu, bahasa kebanggaan saya? Memang saya tidak mahir dalam bidang penulisan bahasa-bahasa tersebut tetapi sekurang-kurangnya saya tidak memuja atau menghina sesuatu bahasa di dunia ini.
Kenapa kita perlu memuja Bahasa Inggeris hanya kerana kebanyakan orang menggukan bahasa tersebut dalam perbualan harian mereka? Pada pendapat saya, golongan sedemikian (atau lebih elok jika saya katakan "orang" kerana majoriti penduduk di Malaysia adalah sedemikian) adalah golongan yang tidak tetap pendirian. Kalau nak katakan mereka menggunakan Bahasa Inggeris kerana mereka capkali mendengar penggunaan bahasa tersebut, sudah tentu tidak kerana pada pendapat saya, majoriti bahasa yang kita dengar selain Bahasa Melayu adalah sepatutnya Bahasa Arab.
Bahasa Arab - Mengapa saya berpendapat sedemikian adalah kerana, majoriti penduduk Malaysia adalah beragama Islam. Tatkala kita makan, apa yang kita baca?
Bahasa Arab! Belum lagi beberapa bacaan harian yang hari-hari kita sebut. Tambahan pula ketika di persekolahan peringkat rendah. Saya pasti kebanyakan ibu-bapa yang beragama Islam telah menghantar anak mereka ke sekolah agama, pakai kain hijau. Sekolah menengah pun kain hijau (hehe).
Maka, mengapa mereka masih seakan-akan memuja Bahasa Inggeris? Penat saya memikirkan perbezaan Bahasa Inggeris dengan loghat Kelantan atau mungkin Bahasa Jawa. Kenapa golongan Jawa yang mahir bertutur dalam bahasanya malu mengakui bahawa mereka fasih? Saya cuma mengambil contoh yang terdekat, iaitu di sekolah saya. Saya tidak mengetahui keadaan di luar sana samada sama atau tidak.
Sebab yang paling utama dapat saya fikirkan ialah kerana mereka fikir masyarakat akan memnadang tinggi seseorang yang bertutur dalam Bahasa Inggeris, walaupun hanya beberapa aksara perkataan. Barangkali mereka berpendapat bahawa, walaupun mereka tidak fasih bertutr dalam Bahasa Inggeris, tetapi jika seseorang itu mampu menyebut beberapa aksara perkataan dalam Bahasa Inggeris, dengan hanya membahasakan diri dengan "I", atau "You", atau "My dad,", seseorang itu akan dipandang tinggi.
Langsung tidak! Pada pendapat saya, seseorang itu akan dipandang tinggi jika mempunyai pengetahuan ilmu yang seluas lautan pasifik. Kita dapat bezakan hanya melalui cara percakapan seseorang jika seseorang itu selalu membaca buku yang mengetengahkan ilmu pengetahuan. Bahasa tidak penting. Jika kedudukan seseorang itu benar-benar tinggi dalam masyarakat, mereka tidak akan memandang bahasa yang anda gunakan. Selain itu, bidang pekerjaan juga akan meningkat apabila wujudnya pekerjaan "penterjemah". Contoh paling mudah, Jepun. NEgara tersebut adalah salah satu negara yang disanjung negara luar kerana sosial, minda penduduk yang boleh dikatakan berkelas satu. Adakah mereka mahir dalam bahasa asing? Bahasa Inggeris? Tidak sama sekali!
Saya paling rimas apabila seseorang mencampur-adukkan Bahasa Inggeris dalam pertuturan mereka. Kalau nak bertutur dalam Bahasa Inggeris, dipersilakan tetapi jangan campur dengan bahasa lain. Menjengkelkan. Nampak sangat tak yakin berututur dalam Bahasa Inggeris. Sikit-sikit boleh dimaafkan. Kalau dah macam berlagak, sila tarik diri. Contoh yang nyata pada entri saya yang lepas mengenai pekerja Elianto. Hahh! Cuak kau aku cakap Bahasa Inggeris, terus terdiam.
Berbalik kepada petikan di atas. Saya ambil daripada pelajar tingkatan Empat seperti saya. Izinkan saya bertutur dalam bahasa pasar buat seketika.
Makan,minum,pakai,text,call,phone pun mak ayah bagiii! Aku rasa, sebelum "find a guy who bla bla bla", apa kata kita gembirakan orang yang dah banyak sangat sangat sangat bagi kita benda dari segi meterial mahupun emotional. Ughhh! Thats toooo childish for a 15 yrs old girl, okayy? Ahhh buang masa je! Pegang2 tangan mende niii. Kalau saya, saya nak "find a guy" yang boleh menjaminkan kecemerlangan saya dalam pelajaran, boleh membuat saya rasa nak menyertai segala aktiviti ilmiah yang bosan di sekolah, yang buat saya rasa hormat terhadap ibu-bapa saya, yang buat saya rasa nak buat benda baik jeee! Tak nak lah lelaki yang nak pegang2 tangan ni. Yewww ketinggalan zaman tau. Orang sekarang nak maju je lah.
Tahun depan nak sertai debat Bahasa Melayu lah. Baiklah sampai di sini dulu, perlu laksanakan tugai wakil skeolah KAMIL dalam Debat Bahasa Inggeris!

1 Comment
skeolah tu apa
ReplyDelete