Penilaian Menengah Rendah :O
By Rara - Saturday, December 26, 2009
Ambil result pakai baju sekolah. Tak tahu kenapa. Dayah datang tak pakai baju sekolah, kena balik. Padan muka.
Ok, hari ni saya ambil result. Kita boleh tahu pukul 11pagi. Patutnya memang 10pagi, tapi sebab saya bersekolah di Sekolah Agama Menengah, pihak JAIS nak buat analisa dulu. Suka hati kau lah. Taki kisah pun bila tahu, yang pasti tak kan berubah.
Sejak beberapa minggu ni selalu berdoa,
"Ya Allah, kalau ada yang bukan A,tolonglah salahkan orang type grade kat result tu.. Biar semua A... Amin.."
Haha. Tapi betul. Takdenye BM dapat A. Tak kisah langsung pun pasal result. Dah lama dah duduki PMR, bukan boleh berubah pun. Apa yang nak takut sangat?
Ayah berkeras nak ikut pergi ambil result. Ok, takde la menggunakan kekerasan. Ayah nak jugak! Lagipun saya kan orang pertama ambil PMR dalam keluarga. Abang tak. Tak aci, dia takde apa2 kecuali SPM yang amat dibanggakan. Cut it off.
Pagi2 lagi ikut Ummi pergi office, lepak kat library je lah. Tunggu ayah ambil. Mula2 ayah kata nak bawa saya pergi office dia kat Damansara, lepas tu time ambil result (around pukul 10.30pagi) dia nak pergi dengan saya sekali. Abang tak bagi. Bahaya katanya. Haha. Ayah ada mesyuarat pagi ni. Takpe, saya tunggu ayah. Jangan risau.
Call ayah banyak kali juga, ingatkan ayah. Mana tahu tiba2 ayah terlupa ke. Hehehe. Jam 10.30pagi, ayah kata ayah dah dalam perjalanan. Ayah punya perjalanan kan aneh sikit. Tapi kali ni dah dengar bunyi radio, so betullah ni dalam perjalanan. Sorry, ayah!
"Ayah dah tengok result awak. Kat depan sekolah ni. Takde A pun! Mengecewakan!"
Ya, ayah. Tahu dah. MEmang takde pun. Apa2 je, cepat ambil saya kat library ni. Ambil Ummi sekali. Ayah nampak sangat takut. Rilekslah ayah, bukan apa2 pun. Keputusan je. Dah lama dah saya jawab soalan. Ayah tak nak turun kereta. Ayah takut yeyey ayah takut :D Last2 turun juga. Membawa langkah ke dewan yang pernah aku jejaki ketika menjawab soalan PMR.
Pergi ke barisan 3 Syukur. Sebelum saya Solihin. Ade ke patut time cikgu nizam bagi result die pergi peluk cikgu nizam. Nasib baik cikgu nizam tak jatuh. Sorry, Solihin if you're reading this.
Tiba giliran saya. Tengoook je kawan2 punya slip result, tak banyak straight A nampaknya. Haa~ sahlah ni saya tak 9A. Tak kisah pun. HAHAHAHA. Posing2 kat depan camera teacher Mazwin jap.
"Tahniah..", "Athirah!!!"
Haa? Blur jap. Ape ape. Dah tahu dah BM & BAK mesti tak A, tak payah lah terkejut sangat Ummi niii.
EHH. Kenapa lawa sangat ni. Kenapa semua corak sama dari atas sampai bawah? Jap2 kira dulu.
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Mathematics
Science
Sejarah
Geografi
KHB - Ekonomi Rumah Tangga
Pendidikan Islam
Bahasa Arab Komunikasi
Cukup sembilan.. EHH?? Aku antara pelajar yang straight A ke..
Betul betul terkejut sebab semua A. Heyy, tak pernah juga lahh. Sebelum ni cukup2 je. Dari hari PMR lagi dah pasrah, yang penting dah buat yang terbaik. Ni mesti berkat doa daripada orang2 yang tersayang serta kawan2. Terima kasih! Rezeki saya betul kali ni. Terima kasih sangat sangat. Usaha saya sorang tak akan dapat result macam ni.
Bukan memoyokan diri, tapi betul. Sebelum ambil result relaks sangat sebab tak kisah. Lepas dah tahu result lagi gelabah sebab terkejut sangat. Dah ambil, jumpa Dada. Lompat2 jap, ok. Good luck Dada. Alah, kita berempat (Ana,Dayah,Dada) mesti 9A gak ni. Kan kita dah compare sama2 lepas PMR tuu? HAHAHAHHA. Dah alhamdulillah, 9A juga. Terima kasih. Alhamdulillah.
Can't wait for Sijil Menengah Agama and msot of all, SPM here I come! Going to work harder than before. But I will still play harder than before too (no way :D).
Thanks Abang. Dah lama dah abang janji.
"Kalau Athirah dapat 9A, dah ada dah hadiah.."
Balik rumah abang terus bagi jam Swatch. Lawaaaa sangat!! Warna hijau muda, ade gambar monster aummm. Suuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuka!!!!! Aduh~ Kenalah belikan abang hadiah juga macam ni :p
0 Comment